Life in UiTM Machang

Long time no write in my blog. Huh ! Memandangkan sekarang saya bergelar mahasiswi di UiTM, masa untuk melepak dan meluahkan perasaan dalam blog sekian pudar. Hari yang dirasakan selalu berdebar-debar menantikan assignments dari lecturers sekalian. Semua orang cakap hidup di Universiti is like an heaven ! Erghh,, pandangan dan pendapat mereka itu sama sekali tidak betul. Apatah lagi budak matrik diluar sana yang selalu mensalah tafsirkan situasi kami. Ya saya mengaku, masa mereka lebih padat daripada kami jika dibandingkan waktu pembelajaran mereka. Yelah, jadual mereka sebijik boleh dikatakan jadual masa di alam persekolahan dulu. Tak macam di universiti, jadual dalam sehari kemungkinan hanya 2 jam yang paling minima dan seterusnya. 

Okay. Pejam celik makan tidur solat semua, dah satu sem berjaya ditamatkan. Baru satu sem. Ada lagi belambak sem yang menanti. Cakap pasal result, budak kelas aku majoriti dekan. But me? I am not in dean list ! Sad right? Memang menduka citakan. Memang ramai orang cakap result aku tu okay je sebenarnya. Tapi for me, result tu make me feel very sad sad sad ! No one can understand what I feel. Yela, hanya 3.0 something ! Nak jugak merasa 3.5 and above. Mungkin disebabkan situasi yang sangat rileks waktu sem satu hari tu lah kot yang menyumbang kepada result yang tak seberapa tu. Tak boleh nak salahkan orang lain jugak, sebab memang aku rasa hidup aku masa sem satu hari tu sangat rileks. Waktu ada kelas aku belajar ah. Tapi bila dah takde kelas, bermaharaja lela aku rileks. Tidur laaa, makan laaa, tengok movie laa ! Nilah orang cakap, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian hambik kau result rendah plus repeat paper lagi. AKAUN ! Hahaha, membebel ummi abah aku kena repeat paper. Dahla tu memang subjek yang patut power untuk kos aku. Apa-apa pun, ada hikmah aku repeat paper tu. Maybe nak suruh mantapkan basic akaun aku. Yela, I have no basic from upper form. Tapi, bagi lecturers alasan ni tak boleh diguna pakai sebab ramai je budak no basic tak repeat paper walhal ramai juga yang repeat. Eh ! Acano tu? Paham paham sendiri laaa yee.. 

Bukan niat nak salahkan lecturer yang mengajar, tapi majority yang repeat akaun semuanya daripada kelas lecturer tersebut. Pape pun, aku dah ambil lecturer lain dah untuk subjek akaun. Sebab aku taknak pisang berbuah dua kali. Dah serik kena bebel dengan umi dan abah. Umi abah dah laa memang strict pasal belajar. No compromise. Maybe, orang yang tak kenal aku akan cakap, "Ceh, mengadalah Farah, result kau tu dah okay apa." "Eleh, tu pun beria nak menangis bagai" "Jangan nak meroyan laa, bersyukur jelah" Yes ! Itu pandangan mereka. Mereka yang tak rasa apa yang aku rasa. Masalahnya sekarang, bukan aku tak reti bersyukur or what, persoalannya, aku telah menghampakan harapan both my parents. Erghh, so stop pasal AKAUN !

Alhamdulillah aku dapat kolej untuk sem dua. Bagi pengetahuan anda semua, di UiTM kolej penempatan free untuk budak sem satu sahaja ! Aku ulang sekali lagi, FREE ! Hahaha, so macam mana untuk sem seterusnya? Sem sem seterusnya, jika kalian nak merasakan kehidupan free tersebut lagi, anda perlu merajinkan diri untuk hadirkan diri anda untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang ditetapkan. Setiap aktiviti yang disediakan majoriti disediakan kupon. Ada aktiviti yang berbayar. So, pandai-pandai laa anda korbankan duit dan masa untuk berjuang kumpul kupon tersebut. Pastu, kadang-kadang tak semestinya korang akan dapat kupon kalau korang pergi ke aktiviti tersebut. Korang kena berebut untuk dapatkan kupon tu. Bergantung pada situasi laa. Ada tu, sampai putus selipar sebab berebut kupon. Hahahaha. Kebiasaannya, bagi pelajar lelaki, 10 kupon pun memadai. Sebab diorang senang dapat kolej. Pastu, bagi mahasiswi pulak 25 and above. Btw, mengikut sem laa.. Kalau sem satu dia tak kira sangat lagi. Makin meningkat sem, makin susah nak kumpul kupon tersebut. So, dipendekkan cerita, kupon tu korang akan hantar setiap kali berakhirnya semester anda. Kupon i tak lebih 20 pun hari  tu. Tapi Alhamdulillah dapat kolej.

Conclusion disini, budak UiTM bukan nyaa melepak 24 jam macam yang anda fikirkan. Hidup kami dipenuhi assignments, test dan quiz mengejut sama macam budak universiti lain. Anda juga dinasihatkan jangan bersenang lenang walaupun anda cuma berada di sem satu dan cubakan target untuk dapat dekan. Sebab saya sudah merasai kekecewaan tersebut dimana semua rakan-rakan anda dapat dekan, tapi anda hampeh macam sampah duk senyap malu dek diorang. Pastu mulalah buat drama air mata dalam toilet ataupun bawah bantal atas katil. MALU k MALU ! Saya ulang lagi sekali, MALU !!!
Hahahaha, apa pun. Sampai sini jelah dulu penulisan pendek dari saya. Eh, kejap saya, kejap aku -.- Inilah bila emosi tak stabil. Apa pun, selamat maju jaya dalam kehidupan anda. Hewhewhew.. Sebenarnya stress dengan assignments belambak, so take five mengarang dan menggeledah blog ni. K, selamat malam. Waalaikummussalam =)

Final Exam !




Woot woot. Bismillahirrahmanirrahim. Kehkeh.. Erghh, stress stress. Itu yang aku tengah rasakan sekarang. Apa taknye, final exam dah dekat ! Ya Allah ! Banyak sangat lagi aku tak backup, banyak sangat. Rasa diri ini kerdil gila kalau nak bandingkan result aku dengan rakan-rakan yang lain. Bukan tidak mahu bersyukur, tetapi memang kenyataan. Aku antara yang paling lambat nak faham. Maybe sebab terlalu gemar makan asam kot --' So, berbalik pada topik., final exam ? Ye, pagi tadi kech satu kolej yang jadual exam dah keluar. Masha Allah, ku gagahkan hati nak bukak student portal untuk tengok jadual. Dalam otak ni ligat berfikir subjek yang belum di cover.. Erghhhh ! Nilah padah asyik main sana sini, tidur je manjang. Kan dah gelabah. So, bukak lah portal then cari jadual tu. Tengok kat atas. Sudah siap dimake-up. Maaf, tulisan buruk -,-'

So, apa lagi ye. Hah !! Minggu ni. Minggu ni banyak sangat kuiz. Kuiz belambak-lambak. Test pun sama naik je. Menggeleng kepala * tak patut :'(

Untuk hilangkan stree yang melanda dua tiga hari ni, aku luahkan perasaan pada kawan baik aku kat sekolah dulu. Nak text orang lain takut tak dilayan. Text jelah dia. Dia bagi kata-kata semangat lah jugak. Memang down gila aku sejak kebelakangan ni. Emosi dok stabil. Hanya yang memahami je yang rasakan apa yang aku rasa. Thanks Atiliah untuk nasihat yang kamu berikan. Text akak, akak dok reply. Wakaka...

So, sampai sini jelah kot. Ni pun online pakai simpati kawan yang bagi guna wifi dia. Kehkeh. Jom jom. Mohle kita bersurai. Asar dok solat lagi. Ohh ye ! Doakan saya menjawab kuiz dan test serta final exam yang akan datang dengan tenang. In Shaa Allah. Malam ni kuiz Ekonomi. Woot woot, sedih rasa bila terfikir kuiz, test dan final. Till then, hope we meet again kalau umur panjang. Kehkeh,, waalaikummussalam :)

Happy Eid 2013






Alhamdulillah. Rukun Islam ketiga telah ditunaikan iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Walaupun terpaksa berganti. Haha.. Biasalah tuh, lumrah kehidupan seorang wanita. Biorle saya ni agak kasar, tapi pada hakikatnya, saya masih seorang perempuan. Wakaka *ayat mintak penampor* Okay, apa-apa pun. Selamat sudah kita menunaikan solat sunat adilfitri. Amacam raya awak semua tahun ni? Banyak status-status di facebook menyatakan raya tahun ni hambar. Betulkah? Errr, betul kot.Sebab bagi saya pun rasa macam tu --' Raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun sebelum. Dahlaaa,, pintis pun dapat sikit. 1 per empat dari tahun lepas ='( Haishh,, tulah malu sangat nak mintak duit raya, yang dapat pun sebab mak sedara yang DATANG bagi. Wakakaka.. Nasib seorang budak yang sudah tua.Anda nampak gambar diatas? Tu je gambar yang sempat disnap. Hahaha, tu pun nasib sepupu saya yang ajak bergambar. Kalau tak, memang takdok gambar pun. Cakap pasal gambar, mek fahmi busuk, bila anda nok upload gambar? Tahulaa henseng, nak buat macam mana laaa kan. Takut peminat-peminat serbu ke? Untunglaaa.. Hahaha


Okay, sebenarnya tadak topik nak tulis sangat. Raya pertama macam biasalah bangun awal. Mandi dan bersiap. Tahun ni adik-beradik semua cukup plus tambah kakak-kakak ipar lagi. Hehe. So, bilangan ahli keluarga semakin meningkat laa. Pagi raya semua berkumpul di rumah nenek sebelah abah. Kebanyakkan family semua solat raya kat surau arwah datuk yang terletak kat belakang rumah nenek je. Surau tu memang penuh dengan ahli keluarga kami je. Kalau ada orang lain pun, jiran-jiran sebelah je. Selesai solat raya, kami macam kebiasaan berkumpul dirumah nenek. Ramai. Bayangkanlah, 12 orang adik beradik abah dengan family masing-masing. Riuh jugak laa walaupun agak hambar. Haha. Kami makan-makan. Snap snap. Tahun ni abah tak bawak DSLR dia. So, keluarga saya menumpang kamera orang jelah. Sebab tu takdak gambor sangat. Yelaa, orang ada S4 ni lain, lagho dengan S4 sampai lupa nak bawak DSLR. Kalau tahun sebelum-sebelum ni, kalau lupa bawa kamera, sanggup abah balik rumah balik semata-mata nak ambil kamera. Tapi tahun ni macam hampeh. Hahaha

So, lepas dah bermaaf-maafan dengan nenek dan saudara-mara. Abah dengan adik-beradik lelaki pergi ke kubur arwah datuk. Then, lepas tu semua family buat kerja masing-masing. Keluarga saya pergi beraya dirumah makcik yang datang bekerja kat rumah kami dulu. Dah raya kat situ, kami balik rumah then pergi beraya kat rumah mak sedara yang berhampiran dengan rumah kami. Lepas tu., orang datang rumah saya lak. Dah siap tu pergi raya rumah makcik saya yang kat belakang rumah je pun. Haha. Then petang tu lak beraya kat rumah Pak Long di Kg Sungai, Bachok. Malamnya lak, pergi beraya dirumah kakak ipar saya di Alor Pauh, Gunong. Em. So, balik rumah tidur. Hahaha.. Penat meh. Seharian berjalan. Dahlaa tak tukar baju. Baju pun dah gaya macam baju budak darjah satu, comot. Wakaka. Dengan kuah satay yang jatuh. Kahkahkah. Macam budak, tak padan dengan tua. So, takdok dah rasanya. 

Hari raya kedua takdak pergi mana-mana pun. Wakaka. Ingatkan petang tadi nak beraya rumah mak sedara. Tapi, abang tak balik-balik lagi sampai saat ni sebab jam. Wakaka. Tu jelah kot. Okaylah. Nak baca ECO sikit then tidur. Wakaka, merajuk dengan mek fahmi 40 hari :P

Machangster #1



Bismillahirrahanirrahim... heee, sudah dua bulan jari jemariku tidak menaip dalam blog ni. Kekeke. Okay. Sebenarnya tak boleh tidur ni. Alang-alang pagi nanti nak keluar cari baju raya, so terbantut niat untuk tidur. Em em.. Anda semua nampak gambar di atas yang telah di "collage" kan?? Ecece, tu baru sebahagian je taw. Hahaha.. Gambar yang diambil apabila saya bergelar seorang mahasiswi di UiTM Machang a.k.a Machangster. 

Alhamdulillah pada tanggal 06 Jun 2013 yang lepas, saya secara rasminya selamat mendaftar di UiTM Machang untuk sesi Jun-Oktober 2013. Pada minggu orientasi tu, memang agak memenatkan. Memang takdak masa langsung nak menghandsomekan diri bagi yang lelaki dan mencantikkan diri bagi yang perempuan. Mana tak nyaa,, masa yang ada untuk berehat pun after pukul 11 malam. Memang lepas siap buat aktiviti pada sebelah petang tu, balik untuk tidur je. PENAT ! Hahaha, btw akak-2 dan abang-2 PM ( Peer Mentor) semua baik-2. Bayangkan lah, ada satu malam tu, hujan lebat gila, sanggup akak-2 & abang-2 PM sekalian beratur sepanjang jalan sambil pegang payung untuk payungkan kami semua. Memang terharu gila laa masa tu. Sebok semacam je masa tu, nak nangis pun ada. Dahlaaa kami selalu buat diorang marah. Lambat nak hadirkan diri untuk aktiviti laa, makan lambat, beratur pun lambat, mengada lebih, komplain banyak, memang menguji kesabaran mereka laaa. Memang, perghhh.. SENTAP ! Hahaha, so... Buat adik-2 yang bakal menjalani minggu MDS ( Minggu Destinasi Siswa) nanti, silalah berkelakuan baik. Jangan ego tak bertempat. Nasiblah saya ni jenis yang agak skema sikit. So, bukan saya laa yang datang lambat tu. Hahahaha

Okay, done with the minggu orientasi. Kat sana, saya ambil Diploma in Accountancy. Mula-2, ingatkan subjek yang kena belajar tu semua kira-kira. TERKEJUT jugaklaa bila mula-2 masuk kelas bagi setiap subjek. Sedih pun ada. Hahaha, mana taknya.. Kebanyakkan subjek lebih kepada ingat fakta. Erghhh, i hate facts ! So, perbetulkan niat. Em em. Hahaha.. Subjek saya ambil untuk sem pertama ni semua ada 7 termasuk unit beruniform. ( FAR, MGT, ECO, MAT, CTU, ELC). Kat UiTM, unit beruniform yang paling famous ialah Kesatria Negara. Nak tahu kenapa? Sebab nanti awak-2 masuk sem 2, awak-2 boleh tukar kelab lain. So, no need to kawad. Kawad untuk sem satu je. Lain laa bagi unit beruniform yang lain spt JPAM( Jabatan Pertahanan Awam Malaysia), Brass Band, dan BSMM ( Bulan Sabit Merah Malaysia). 3 unit beruniform ni, anda perlu carry untuk 3 sem berturut-2. Saya pilih JPAM a.k.a SISPA(Siswa Siswi Pertahanan Awam) di UiTM. Kelab dan persatuan pula banyak. Saya masuk MRA dan GPMS. MRA tu kelab rekreasi, meanwhile GPMS tu stands for Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung. Tu antara kelab-kelab yang aktif di UiTM Machang. 

Then. Alhamdulillah. Kawan saya semua baik-baik, harapnya. Haha. Antaranya, kawan sebilik yang comel-comel ( Anis & Fatin ), kawan sekelas yang selalu cakap saya ni childish ( Masturah & Hamizah ), kawan-2 dari Terengganu yang comel ( Aimie & Faezah ), kawan yang paling poyo ( Siti ) dan kawan-kawan yang sekumpulan untuk modul KI ( Kemahiran Insaniah ) kawan-2 yang sekali untuk SISPA dan ramai lagi laa. Sampai kadang-2 orang tegur saya pun saya tak ingat. Hahaha. *ayat bajet retis* *nama-nama yang disebut tu kawan yang kamcing dan yang sokmo sekali bila pergi mana-2 contohnya pergi hadirkan diri untuk aktiviti yang dianjurkan oleh UiTM.


Faezah and me
Masturah and me
                           
Me & Fatin
Amalin & Fatin

Siti & Fatin


Fatin & Me

Masturah & Me


Anis & Me

Aimie & Me




Hamizah & Me
Hamizah & Me

Me & Fatin
Siti

Fatin & Me

Amalin & Me
Fatin & Me

Me --'
Masturah, Amalin, Aimie, Siti, Fatin & Faezah 
" Semoga Persahabatan yang terjalin akan kekal hingga jannah, Amin "

Medical Checkup for UiTM

* Dalam perjalanan untuk medical checkup, snap dulu. Gambar farwizah before kena suntik dan makcik yang bajet ayu semacam. Abaikan tudung saya yang agak serabai disitu :p


Bismillahirrahmanirrahim. Nampak gambar diatas? Alhamdulillah. Selamat medical checkup untuk memenuhi salah satu syarat untuk memasuki UiTM Machang. Mula-mula rasa malu nak pergi. Sebab masa nak masuk SBP dulu pun dah buat medical checkup kat KLINIK ZIAD ni. Klinik ni klinik swasta, tapi tetap ramai je orang pergi. Sebab antara banyak-banyak klinik yang pernah saya pergi, klinik ni memang terbaik. Doktor Ziad memang baik. Dia punya alatan pun memang best laa. Siap on the spot. Cuma nak tunggu turn je lama sikit  sebab ramai orang. Doktor Ziad peramah. Haha

Okay, masa medical checkup tuh aku buat x-ray. Siapa-siapa yang pernah buat mesti tahu macam mana kan? Kena berkemban. Semua pakaian kena tanggal. Tulah yang aku malu nak buat x-ray. Nasib baik lah perempuan yang handle. Masa form4 hari tu pun perempuan jugak yang handle. Dah siap buat x-ray akak tuh suruh pergi ambil botol urine test. Mula-mula aku rasa nak gelak, sebab tak rasa nak buang air kecil pun. Tapi, masuk je toilet, lol.. Terasa nak terkuncil lak. Hahaha.. So, apa lagi buat laa macam yang akak tu suruh. Dah siap tuh, dia pun suruh aku masuk bilik nak test urine tu. Ada ke patut dia tinggal aku sesorang. Tengah aku tunggu tu, aku intai laa aku punya keputusan x-ray tadi. Nampak laa tulang belulang. Haha

Tengah menunggu tuh, tiba-tiba sorang akak yang lain masuk. Pastu dia tanya aku, ada dah ke staf laki datang? Aku cakap laa belum. Pastu dia pun cakap, okay tunggu jap. Then dia panggil laa staf laki tu. MALU ! Hahaha, dia yang cek aku punya urine. Terdetik juga dalam hati, takut ada masalah apa-apa. Masa dia tengah test tu, tiba-tiba ada orang panggil. Terbengkalai macam tu je la.. Then, akak mula-mula yang cek aku tadi pun datang balik. Dia pun sambung cek untuk ujian dadah. Alhamdulillah okay. Haha

So, bila dah siap cek urine. Akak tu pun cek tekanan darah lak. Tengah-tengah cek, umi dengan farwizah tiba-tiba masuk. Haha, farwizah kena suntik. Sebab kudis dia dah kena jangkitan kuman. Sebab tulah meleleh je kudis tuh. Makin lama makin membiak. Habis separuh montot dah kena kudis. Haha, tulah. Bila nasihat taknak dengar, dia gak yang gatal pi garu montot tuh kenapa. So, dah kena suntik apa lagi, melalak laa. Hahaha. Padahal hari tu dah pergi klinik kerajaan, tapi tak sembuh jugak sebab ubat yang doktor tu bagi tak berkesan kot. Macam-macam ubat dah kami letak, tapi tak berkesan. Tapi, alhamdulillah, lepas je kena suntik semalam + sapu ubat yang Doktor Ziad bagi, kudis tu dah kering sekelip mata. Biarlah agak mahal, tapi berbaloi. Melayang RM65 untuk Farwizah seorang.

Then lepas dah siap cek tekanan darah dan tekanan gula semua, kami pun pergilah ke bilik doktor bersama-sama. Alang-alang dah terserempak. Haha, so dah jadi macam tuh Dr. Ziad pun tanya lah, nak study mana ni buat medical checkup. Aku pun cakaplaa, UiTM Machang ni je. Dia tanya ambil kos apa, aku cakap diploma perakaunan je. So, dia cakap baguslaa tu. Sambil-sambil borak, umi aku pun menyelit cakap tentang sepupu aku yang disahkan ada penyakit buah pinggang. Dr. Ziad tanya laa, umur dia berapa. Mak aku cakap laa sebaya dengan aku je. Penyakit tu baru dapat detect bulan lepas. Kesian dia, selang sehari kena buat dialysis. Dr. Ziad terkejut gak sebab selang sehari, maksudnya dah parah laa. Sebab orang tua pun buat 3minggu sekali. So, Dr.Ziad pun cakap, maybe dari kecil kot sebenarnya buah pinggang dia tak elok. Cuma awal-awal tak dapat detect sebab SLE ( Systemic Lupus Erythematosus ) ni apa entah. Haha, aku pun tak tahu -.-' Silalah search google ye. Apa-apa pun, doakan dia cepat sembuh. Amin.

So, alhamdulillah lah aku takdak penyakit apa-apa. Walaupun melayang RM90 untuk medical checkup tu sahaja, tapi berbaloi laa. Sebab layanan yang baik. Harharhar. So, sampai sini jelah kot. Till then, semoga ketemu lagi. Waalaikummussalam :)

Persediaan saya ke UiTM Machang



Akhirnya. Keputusan untuk memilih antara Kolej Matrikulasi Melaka dengan UiTM dah dibuat. Saya lebih prefer untuk ke UiTM. Keputusan yang dipilih juga diterima sebulat suara oleh kedua-dua umi dan abah saya. Lagipun, kalau saya pilih KMM belum tentu saya dapat tukar dari kos sains ke kos perakaunan. Tambahan pula, ada abang-abang dan kakak-kakak senior yang cakap permohonan pertukaran kos belum tentu diterima seratus peratus oleh pihak KMM. Sebab permohonan tu akan dinilai dahulu. Okay. 





Seperti mana yang anda dapat lihat, UiTM ada masalah sosial bukan? Walaupun banyak khabar angin yang tidak enak didengar mengenai UiTM, saya kuatkan hati dan semangat untuk tetap dengan keputusan yang dibuat. Walaupun semalam rasa down juga bila orang cakap yang UiTM ni penuh dengan masalah sosial. Haha, mula-mula cuak juga bila dengar. Tapi, bila scroll down komen-komen mengenai UiTM, ada seorang hamba yang mention UiTM di Kelantan tiada masalah sebegitu. Terdetik juga didalam hati dan berdoa supaya dapat UiTM Kelantan je. Dan alhamdulillah doa itu dimakbulkan bila cek keputusan kampus mana yang saya dapat siang tadi. 




Walau agak kecewa sebab hanya dalam negeri, tak mengapalah. Asalkan saya jauh dari masalah sosial. Yela, iman saya ni tak berapa kuat nak menangkis segala kemugkinan bahaya yang mendatang. Umi pun nampak macam kecewa sikit bila saya dapat kampus Machang sebab dia nak sangat saya dapat Melaka. Sebab, senang nanti dia nak balik kampung. Maaf ye umi. Hurmm,, dan satu lagi perkara penting. Kakak ipar saya juga belajar disini. Hehe, senanglah sikit saya nanti. Kihkihkih.. 

Okay, umi cakap.. Hari Jumaat dekat ni (24 Mei 2013) , kemungkinan kami sekeluarga akan bertolak ke Melaka. Cuti katakan. Hahaha, so umi suruh saya prepare barang-barang untuk ke UiTM mulai sekarang. Baru ingat nak rileks dulu. Tapi takpelah, dah gatal nak ikut sama. Biarlah tak dapat pergi Melaka sebagai penuntut di KMM, pergi balik kampung pun dah okay lah kan. Hehehe

So, apa yang saya dah prepare? Tak ada apa-apa pun yang dibeli dan diborong. Cuma baru sudah siap tulis list barang-barang untuk diborong sahaja. Kawan-kawan pun ramai texts tanya persediaan. Habuk jelah persediaan. Kosong. Tapi, barang-barang berkaitan pakaian, alhamdulillah settle. Macam cadar, selimut semua dah settle. Bantal pun dah settle. Rembat bantal busuk je bawak pergi UiTM. Hahaha.. Tapi kan, apa yang saya takut, kakak ipar saya cakap asrama UiTM Machang macam tak best je. Sebab hanya locker yang memisahkan katil. Biarlah umi murah hati bagi duduk serumah dengan kakak ipar kat rumah sewa dia. Walaupun mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke kampus. Sob sob.. Harap umi bagi. Tapi, taknak susahkan umi bagi duit sewa. Sob sob,, kalau duduk asrama pun, hope dapat kawan-kawan yang okay. 

Selain tu, ada jugalah kawan-kawan sekolah lama dari SMK Bachok dan SBPI Tun Abdul Razak yang dapat kat situ. But I really hope yang mereka tak akan datang. Yang SMK Bachok tu saya okay je. Yang InSTAR tu, saya tak berapa rapat. Hahaha. Dan dulu saya pernah sangat berharap bila saya keluar dari InSTAR, saya tidak akan berjumpa pelajar-pelajar di sana lagi. *Harapan yang entah apa-apa* Hahahaha.. 
Maaf. Tapi, itulah realiti yang saya inginkan. Kalau awak-awak nak tahu, habis je SPM tahun lepas, balik bukak facebook, terus budak-budak InSTAR saya BLOCK dan saya REMOVE -.-' *saya tahu saya sakai*

So, kepada sesiapa budak-budak InSTAR yang saya remove dan saya block, I'm really sorry. Haha.. Hati ini dah nekad taknak ada apa-apa kaitan dengan sekolah itu. Biarlah apa yang awak-awak nak cakap, memori yang saya ada di sana, kebanyakkan memori-memori yang melukakan hati sahaja. Kalau boleh dipadam dari ingatan, nak sahaja saya delete semua memori tu. Tapi, hanya Allah yang tahu. Habis sampai situ. Minta maaf sangat-sangat ye.

Hurm,, saya rasa sampai sini jelah kot entry ni. Till then, jangan lupa doakan kejayaan saya meneruskan perjalanan sebagai mahasiswi di UiTM Machang. Waalaikummussalam.


UPU dah keluar !!







Alhamdulillah. Akhirnya segala debaran yang dinanti-nantikan oleh para lepasan SPM 2012 telah berakhir. Yela, keputusan UPU dah keluar. Sepertimana yang anda dapat lihat gambar di atas, tulah keputusan yang saya dapat. Alhamdulillah. Keluar jugak perkataan TAHNIAH kat situ. Hehehe. Tapi lah kan, saya pun masih dalam dua nak pilih yang mana. Hahaha. Tapi alhamdulillah juga lah sebab yang saya dapat pilihan pertama. 

Bagi sesiapa yang tak dapat, jangan sedih-sedih. Mungkin rezeki anda ada di tempat lain. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang dapat form6, silalah rajinkan diri ada untuk meneruskan form6 jika anda tidak dapat ke IPTA. Sebab, bagi saya form6 sekarang pun bagus. Jangan sedih-sedih ye kawan-kawan. Kalau yang nak juga pergi IPTA, silalah buat rayuan. Manalah tahu kot-2 sangkut dapat pergi jugak nanti. Hehehe

Sebenarnya saya tak ada idea nak update entry ni. Tapi, akibat di paksa oleh seorang kawan, saya merelakan diri mengUpdate blog. Kawan saya yang beria suruh update blog ni, dia dapat UiTM juga. Dapat kos maklumat perakaunan. Macam mana benda tuh saya pun tak tahu. Umi saya pun marah-2 saya, nak ambil akaun, tapi buku akaun sebiji pun takdak dalam rumah. Sebab abang-abang atas saya tak pernah belajar akaun termasuklah diri ini. Entah apa yang merasuk diri saya ni sampai beria nak sangat ambil kos akaun pun saya tak tahu laa. Apa nak jadilah dengan saya ni. Maybe sebab minat yang sangat tidak ada dalam subjek biologi time sekolah dulu kot yang membuatkan diri ini nekad untuk tidak belajar biologi lagi. Dan dengan senang hati saya mengisytiharkan yang saya nak ambil akaun -.-'

Adik-adik yang terbaca entry ini, sila jangan ikut perangai saya. Walau macam manapun, malam ni insyaAllah nak buat solat istikarah dahulu. Supaya hati ini tenang dan dapat buat keputusan dengan baik. Hehe. Apa-apa pun, di mana sekalipun tempat kita belajar itu tidak penting. Yang penting usaha kita untuk mendapat kejayaan. Buruk ke tak tempat tuh, tak semetinya pelajar-pelajar kat sana tuh tak bijak bukan? Ececece.. Sedap betul ayat saya. Hahaha, saya ni pun masih terkontang kanting. Apa-apa pun, jangan lupa doakan kami supaya dapat menjadi manusia berjaya kelak. Oh lupa, tadi saya ada printscreen kawan saya punya result. Dia tak dapat ke IPTA. Tapi, dia dapat ke matrik. So, jangan sedih-sedih ye. Mungkin rezeki anda ada di matrik. Yakinlah, setiap apa yang berlaku, ada hikmah selepas itu. Ambil yang jernih, buang yag keruh ye semua.





Contoh paparan yang tak dapat ke IPTA. Emm,, kawan saya maybe akan buat rayuan kot. So, sama-samalah doa moga dia dapat ye. Hehehe.. Walau macam mana pun, ramai juga yang dalam group KMM confirm pergi KMM. Saya masih dalam dua. Kalau pergi KMM mesti best sebab dah ramai kenalan. Tapi, umi macam nak saya buat diploma je. Tak tahu lah tuh. Moga Allah bukakan pintu hati ni supaya dapat pilih yang mana yang terbaik untuk saya. Hehehe.. Apa-apa pun, ayat pun dah keling. So, sampai sini jelah entry ni. Akhir kata, waalaikummussalam.


* Ohh lupa lak,, Fahmi, dan kawan-kawan yang saya cakap saya dapat UTM tadi, kalau hang terbaca entry ni, maaf weh. Bukan UTM tapi UiTM. Hahaha, salah info tadi. Tersilap tengok -.-'



KMM or UPU ?




Setelah sekian lama tidak menaip di blog. Berhabuk sudah. Hahaha. Okay, seperti anda lihat tajuk diatas ye. KMM atau UPU? Huh. Habis je SPM hari tuh, tak pernah rasa secuak ni selepas SPM. Cuak jugaklah nak buat pilihan nak pergi mana. Matrik ke? Universiti ke? Sambung diploma ke? Sambung asasi ke? Akhirnya, setelah membuat beberapa tinjauan., saya rasa lebih baik ambil asasi. Itu pun kalau dapat U lah. Kalau tak dapat, mungkin saya akan teruskan perjuangan di matrik sahaja. 


Hah? Matrik dapat kos apa? Saya dapat Sains PST. Pada mulanya ingatkan nak tukar kepada kos akaun. Tapi, sekarang semangat untuk tukar kepada kos tersebut dah makin luntur setelah saya tengok beberapa komen yang menunjukkan subjek akaun sebenarnya lagi susah dari sains. Huh.. Masih dalam dilema. Tapi, permohonan UPU hari tu semua berkaitan akaun, banking, dan business. Hurm. Agak dilema. Hahaha. Tapi, setelah ditanya pendapat umi, umi cakap ambil akaun lah. Kalau dapat diploma akaun, buat je. Tapi, selang beberapa hari lepas tu, umi cakap kalau pergi matrik pun boleh jugak. Bolehlah umi selalu balik kampung. LOL -.,-' Hahahaha, kelakar lah umi ni. Hahahaha.. 


Walaupun macam tuh, hari tu adalah tubuhkan satu group di facebook. Group untuk Kolej Matrikulasi Melaka. Alhamdulillah, dapat jugaklah sambutan., walaupun tak meriah sangat. Ceh.. Hahaha. Alhamdulillah, berkat group tu, jumpa juga geng untuk bakal-bakal pelajar KMM sesi 13/14. Hope lah kawan-kawan ni mesra dalam facebook dan juga luar facebook :) Bak kata orang, jangan hanya indah khabar dari rupa. Janganlah mesra hanya di alam maya, tapi realiti pun mesti macam tu jugak kan...? Cehhh, ayat takleh blah. Click Sini untuk ke link group KMM di Facebook --> KMM 2013/2014


Oh, hari tu saya ada cek markah merit. Alhamdulillah dapat 80 above. Hehe, awak-awak nak cek boleh tekan sini. Ini cara-cara untuk kira merit tuh je. Click Sini --> KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT


Okay, persiapan saya untuk sambung study ni setakat mana dah eh? Hurm,, honestly saya tak buat apa-apa lagi. Packing barang? Jauh sekali. Haha, saya cuma usha-usha KMM tu macam mana je. Tu pun melalui laman sosial dan google je. Dengar cerita, KMM ni antara kolej yang paling lama. Dengar cerita jugak yang KMM ni bangunan dia buruk. Dengar cerita yang KMM ni berhantu. Macam-macam pendapat lah dari senior-senior KMM yang saya baca dari blog mereka. Ceh.. Ada blog cakap jubah takleh bawa. Ada yang cakap boleh bawa tapi tak boleh pakai time pergi study. So, depends on us lah kan nak buat keputusan samada nak bawa jubah tu atau tidak. Bagi saya, saya memang tak bawa. So, it is easy for me :)


Okay, apa-apa pun, keputusan saya masih dalam dua antara KMM atau UPU. Hehe, so hari tu saya ada baca blog yang post pasal barang-barang keperluan untuk dibawa ke matrik. So, as a boarding school's student saya rasa barang-barang yang nak dibawa ke matrik tu perkara kecil je. Hahaha *ayat berlagak* Haha, so saya rasa awak-awak yang tak pernah ke asrama, bolehlah lawat blog dia. CLICK SINI --> List barang-barang ke matrikulasi


Okay, rasanya cukup sampai sini jelah kot. Haha, entah pape je post ni. Macam takde kaitan sangat pun dengan KMM or UPU -.-' Merapu plus merepek je lebih. So, kalau ada kesilapan dan ketidak puasan, bolehlah tegur ye. Till then, waalaikummussalam :)

Salahkah Saya ?


Bismillahirrahmanirrahim.

Fuhh, agak lama meninggalkan blog ini. Dah lama jugaklah tak menaip dengan rakusnya di atas papan taip. Semua manusia mempunyai perasaan bukan? Perasaan suka, sayang, cinta, mahupun minat, semua perkara tu berkaitan dengan hati. Tulah kan, kalau melibatkan hati dan perasaan ni saya pun terkelu lidah untuk berbicara. Hurm. Yelah kan, kita tak tahu perasaan orang pada kita yang sebenarnya. Walhal di mulut, manisnya mereka berbicara tidak mungkin sama dengan peritnya hati merasa. 

Salahkah saya?

Salahkah saya kerana tidak tahu perasaan seseorang tu pada saya. Padahal si dia pun tidak pernah ungkapkan kata-kata manis yang menggambarkan perasaan dia yang sebenar. Ye. Mungkin salah saya. Salah sebab dulu pernah mengakui dan menyatakan yang saya suka padanya. Hahaha.. Salahkah saya untuk menyukai orang lain selepas dia tinggalkan saya sepi tapa kata? Salahkah saya bila dia tidak memberikan respon atas pengakuan saya? Salahkah saya kerana pernah menyukainya dahulu, tetapi kini tidak lagi? Salahkah saya nak merasa sedikit kebahagiaan sementara? Salahkah saya apabila menemui sedikit kebahagia tetapi muncul si dia yang lama?

Awak, kenapa mesti awak buat saya macam ni? Hilang dan muncul kembali secara tiba-tiba setelah hati ini sudah ditawan oleh yang lain? Apa yang awak mahu saya lakukan sekarang? Dulu, awak abaikan saya dan tinggalkan saya macam orang bodoh. Hati tu memang sakit, tapi karenah teman-teman di sekeliling membuatkan saya lupakan apa yang awak buat pada saya. Sejak dari tu, saya tak tahulah apa yang awak fikir masa tu. 12/12/12. Tarikh dimana kebanyakan manusia bahagia bukan? Tapi tidak bagi saya. Selepas tarikh ni, awak tiba-tiba menyepi? Apa salah saya? Macam orang bodoh hantar text tak berbalas, call jawab acuh tak acuh. Salah saya ke apabila awak tiba-tiba muncul dan menyatakan tentang jodoh? Hahaha.. Jealous cakap jealous. Sejak dulu lagi ego awak ni tak bertempat. 

Saya, kalau dah orang tuh nak sangat lost contact. Saya pun secara suka rela lah kan menyepi. Itu yang awak nak sangatkan. Menyepi tanpa bincang apa-apa. 



Le Note :)




Bismillahirrahmanirrahim.

Rasa kekok lah bila jarang bukak blog ni -.-'
So, cerita apa yang nak dikongsikan hari ini? Cehh *ayat skema* So, hari ni saya nak kongsikan sedikit coretan dan hasil tulisan kami-kami yang pernah bergelar budak sekolah suatu tahun dahulu. Haha, semua hasil karya dan coretan ini telah ditulis dan diconteng di dalam buku nota kecilku. Nak tengok macam mana rupa buku tuh? Tengok bawah ye. Seperti yang anda nampak, terserlahlah keburukan tulisan ku disitu -.-'



* Ini buruk sebab doa ini selalu hilang then, disebabkan takdak mood salin tanpa ada semangat -.-


Okay. So, apa isi kandungan buku kecil ini? Haha, before kita pergi lagi jauh. Buku ini saya beli di Berjaya Mega Mall, Kuantan. Macam mana saya pergi ke sana? Cehhh *ayat skema lagi sekali* Hahaha, actually. Saya boleh menjejakkan kaki ke sana sebab, ada satu kali tuh. Well, macam biasa. Kami ( Saya, G, dan Aini) bertolak dari Kelantan awal sehari untuk balik ke hostel ( InSTAR ) So, alang-2 satu hari tuh, Aini, tiba-tiba ajak kami pergi mall tuh. Sebenarnya saya taknak pergi sebab saya cuma pakai baju batik je masa naik bas tuh. Tambahan saya tak bawak baju untuk keluar pun. Sebab masa balik ke rumah cuti tuh pun, saya just bawa baju tidur je untuk di bawa balik basuh ke rumah + baju batik yang dipakai masa dalam perjalanan. So, apa yang terjadi?


Hahaha, akibat pujuk rayu G dan Aini. Saya merelakan diri yang hina ini untuk menebalkan muka memakai baju tidur yang saya pakai di hostel. Nasib baiklah bukan pijama. Cuma baju t-shirt pink colour berlengan panjang + seluar yang bergaya jugaklaa. Hahahha.. Cehh.. Berlagak -.-'  So, tengah bersiap dekat toilet di Terminal Makmur, Kuantan, tudung lak takde. Takkan nak pakai tudung sekolah kot? So, G pun dermakanlah tudung toilet dia. Tudung ariani tuh. Hurm.. So, inilah akibat menjadi budak skema ye. Hahaha, dengan menaiki teksi kami pun berjaya tiba ke Berjaya Mega Mall tuh. Awal kami sampai. Haha, skodeng orang dating laaa, skodeng tukang sapu laaa, tawaf satu mega mall tuh hah. Ish ish. Kenangan manis yang tak dapat dilupakan :)

So, sampai situh untuk cerita bagaimana buku nota kecil ini dibeli. Hurm, antara isi kandungan yang ada dalam tuh ialah keputusan Trial SBP kami ( Saya, Syeril, Farah 'Aini & Natasha ) yang ditambah lagi dengan contengan kami. Jom tengok gambar :)



* Ini nota time cikgu tengah membebel dekat depan masa raqal -.-'



* Ceh, ayat-ayat cinta yang sewel. Bajet je lebih -.-'



* Buat essay pun boleh bila dah luah semua dalam buku nih -.-'



* Orang beli sticky note buat nota. Saya buat menda dok tahu laaa -.-



* Ini jadual kelas +  nama cikgu subjek meh. 
Aum, tuan nik is the best additional mathematics teacher ever after ^^



* Ini result trial saya, syeril, farah 'aini dan natasha :)
Di kaburkan sebab result kami tak gempak -.-



* Thanks to Farah 'Aini for this art -.-



* Thanks for syeril kerana sudi menconteng -.-



* Ini permulaan of the buku nota saya or lebih tepat kami maybe :)
Abaikan tulisan itu dan English yang terabur as I just got B+ in SPM -.-



* Target nak dapat straight A+ tapi, dapat selok-belok je. Hahaha



* Ini luahan hati syeril yang merapu ape entah -.-



* Ini dari budak omey awin yang dapat batch marking kat sekolah kami dari Pontian Jaya ;)



* Cehh,, ini semua hasil kraf tulisan mek syeril -.-



* This is our second trial result yang telah dikaburkan.



* Ini lah kan, si syeril dia meroyan + sewel :O



* Ini lagi satu hasil coretan comel si syeril -.-



* Ini hasil karya Farah 'Aini. Cehhh. Tetiba ada bendera Jepun -.-



* Dan ini, hasil sticky note aku yang telah menjadi tempat aku meluahkan perasaan pada ex. Kononnya lah kan dia setia. Hampeh, balik je Kelantan, dapat tahu dah ada awek lain. Jeng punya lelaki -.-


So, dengan segala hormatnya, saya meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab entry ini agak panjang dan tiada motif. Hahahahaha. Okay. Sampai di sini sahajalah saya membebel sana sini. Dan, maafkan saya wahai pemilik kepada nama-nama yang telah termasuk di dalam entry ini. Semoga berjumpa lagi ! Cehh, entry yang agak skema dari saya ='3


- Waalaikummussalam -