Jumpa kawan ^^





Bismillahirrahmanirrahim..

Tik tok !

Jumpa lagi kita ye.

* Bajet macam dah lama tak berblog je -.,-'

Hahaha

Apa-apa pun,

esok InsyaAllah kalau hari baik,

saya akan join HANGOUT bersama kawan-kawan.

Rindu weh.

Bayangkan dah 2 tahun tak jumpa.

Sedih.

Sob sob.

Yela, tak jumpa sebab saya pindah ke sekolah lain.

So, hope sangat-2 abah I mood baik.

So, boleh hantar I pergi stesen bas.

Kalau lagi baik,  hantar je terus ke tempat hangout tuh.

So, apa-apa pun..

Tadi saya letak histats.

Cuba tengok dekat sidebar comel tuh.

Macam gambar bawah yang telah di printscreen kan oleh saya tadi.




Hahaha

So,

sampai sini je kot.

Jangan lupa doakan saya berjaya bodek abah 

untuk hantar saya jumpa kawan saya ye !

Okay.

- Waalaikummussalam -

MEGA GIVEAWAY by DJH


Bismillahirrahmanirrahim.

Saya join sini.

Nak join juga, sila CLICK banner.

Fuhhh..

Cramp tangan Follow blog sponser.

Okay, apa-apa pun.

DONE !

Hope dapat menang.

Amin..

Okay, kawan yang ditagged dan CONFIRM diorang tahu.

ASYIKIN ESA

NURHANIM

Done with mereka.

- Waalaikummussalam -

CONTEST : " Sehijau Warna Daun " by QF




Bismillahirrahmanirrahim.

Join contest AWESOME ini ='D

Hadiah yang SUPER DUPER TRIPLE AWESOME.

Hahaha.

Apa-apa pun. Semua syarat telah dituruti.

Click Banner untuk join ye sayang.

Okay.

Bawah ni gambar saya.

Tak tahu nak letak gambar apa sebenarnya. 

Ni pon gambar dah diedit dan dicantum -,.-'

Maaflaaaa yeeeeeeeeeeee ^^

Apa-apa pun.

Tertempel laa muka BAJET AYU saya disitu..



Karangan bersambung yang tidak kreatif dari saya :

Hijau pada saya membawa erti sebuah kehidupan yang aman yang dapat diuntai dari konsep lain selain dari konsep warna. Tambahan pula, warna hijau merupakan warna kesukaan Rasulullah SAW di samping perkataan hijau juga banyak digunakan dalam ayat-ayat Al-Quran dan Hadith bagi menjelaskan keadaan penghuni syurga dan keadaan di sekelilingnya yang membawa erti kenikmatatan suasana, kesenangan dan ketenangan jiwa. Okay. Sampai situ je karangan BM yang entah apa-apa. Hehehe ^^


Okay.

Harap tuan punya CONTEST berkenan dengan entry saya ini.

Please please please.

Tak dapat hadiah yang WOW pun tak apa, 

asalkan dapat saguhati.

Tapi, berharap jugak nak dapat yang WOW.

Aum :*

Hahahaha

Okay.

- Waalaikummussalam -


Abang I dah nak nikah !


Tik tok.

Masa berlalu dengan amat pantas.

Tahun lepas rasa macam semalam.

Tak sangka.

Abang I dah nak kahwin.

Tadi, I saja je jenguk-2 HOME dekat muka buku.

Then I terserempak dengan video masa abang I bertunang tahun lepas.

Ish-3.

Hahaha, apa-apa pun.

Semoga majlis berjalan dengan lancar.

Ini kat bawah ni video tersebut.


* Sila pause lagu disebelah kanan bahagian bawah  di tempat PELAWAT untuk menonton video ini ^_^


Okay.

Dikesempatan ini,

kawan-kawan yang mengenali saya khususnya budak satu sekolah

dijemput hadir ke majlis yang akan berlangsung pada 27 March 2013 nanti.

Okay.

Sila maklumkan pada saya kalau nak hadir. 

Hahahaha.

* Agak skema disitu *

Perghhh..

Apa-apa pun, semoga majlis berjalan lancar.


Amin

- Waalaikummussalam -

Segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83




Bismillahirrahmanirrahim.

Saya join sini.

Nak join ?

Sila tekan banner.

Okay.

Dah follow blog.

Done with all the syarat, cuma tunggu letak link entry sahaja.

Tarikh tamat : 30 Mach 2013 ( Sabtu )

Jam 11. 59 malam.

Hope menang salah satu hadiah. 

Hadia superb sangat-2.

Harap dapat miliki salah satu.

Amin.

- Waalaikummussalam -


MOUSTACHE GIVEAWAY by Sweeties's Handmade



Bismillahirrahmanirrahim. 

Saya join sini.

Nak join, sila click BANNER :)

Blog sudah di follow.

Kawan yang ditagged yang berhampiran dengan saya.

ASYIKIN ESA

NUR BAZILAH RASDI

AINA MAZHAN

Status juga telah di SHARE di laman muka buku.

Okay.

Done dengan semua syarat-2 !

Hope dapat menang.

Amin.

Okay.

- Waalaikummussalam -

GIVEAWAY : Gempak Bersama Nazlyizan





Bismillahirrahmanirrahim.

Saya join sini.

Alhamdulillah, semua syarat sudah beres.

Hope dapat menang hadiah menarik.

Orang yang ditagged.





InsyaAllah akan saya PROMOTE giveaway ini di laman muka buku saya.

Antara hadiah menarik :

Hadiah yang menanti pemenang :-
  1. 3 pemenang utama - keychain hp love + sepasang brooch + keychain dari cameron
  1. 4 pemenang sampingan - sepasang brooch + keychain dari cameron
  1. 13 pemenang saguhati - belian 3 - 5 barang di Nazlyizan Craft [ free postage ] + keychain dari cameron
  1. 4 pemenang top referrer - belian 3 - 5 barang di Nazlyizan Craft [ free postage ] + Hadiah misteri 
***free postage adalah sah untuk sekali belian sahaja.


Done.

Okay.

- Waalaikummussalam -

Rasa Hati ^^





Setelah sekian lama meninggalkan dunia taip menaip.

Terasa agak kekok disini.

Hah.

Apa-apa pun..

Tajuk hari ini " RASA HATI"

Kenapa?

Sebenarnya saya nak buat pengakuan laa kan,

saya dah betul-betul boleh lupakan si capital E.

Hadoii..

Maluuuuu kot bila ingat balik time cinttan cintun dengan dia dulu.

Kelakar yang masa dia bersusah payah datang ke 

sekolah semata-mata nak date.

Perghhhh,, ape kan daya.

Saya selalu spoilkan harapan dia.

Jangan harap saya nak jumpa.

Abah I cikgu diditu. 

Nahas kalau abah tahu.

So, yang jadi mangsa si Wani dengan Baini yan terpaksa intai-2 dia.

Hahahahaha.

Agak lucu bila ingat balik.

Tapi kan.

Bukan itu topik yang saya nak bincangkan hari ni.

Tidak lagi pasal E, tapi pasal hati saya.

Em...

Sebenarnya tadi,

saya ada terfikir.

Mampukah saya untuk bertahan menegakkan cinta selepas kahwin?

Dengan diri yang begitu cetek dengan ilmu agama Islam.

Mampu ke saya bertahan dengan godaan syaitan terutama nafsu 

yang selalu menjadi musuh utama bagi sesiapapun termasuk saya?

Mampu ke saya mengharunginya di alam universiti?

Hope, saya mampu bertahan.

Kalau tak dapat bertahan pun,,

harap-harap sesiapa yang TERjadi pakwe saya tu

dapat membimbing saya ke jalan yang benar.

Amin.

Amin.

Amin.

Apatah lagi dengan perasaan yang bukan-bukan yang mula timbul pada mamat sorang tuh.

Hope ini semua mimpi.

* Tampar-tampar pipi *

Oh tidakk..

SUKA kah aku pada dia?

Harap-harap tidak.

Dia dah berpunya kot * andaian menyedapkan halwa hati *

Entah-entah dia tak pandang saya pun. * Sadis *

Tapi, ada orang kata yang kalau kita suka someone, maybe dia suka kita jugak.

Betul ke kata-kata tuh?

Entahlaa..

Takkan aku nak tanya dia kot.

Malu kot..

Apa-apa pun, serahkan semuanya kepada Allah.

Kalau betul dia jodoh saya, takkan lari gunung dikejar dia pasti jadi milik saya kan?

So, tunggu dan lihat siapakah bakal suami saya suatu hari nanti.

Hahahahaha.

* Nampak kegatalanku disitu *

Okay.

- Waalaikummussalam -


Perghhh.. Melayang TopUp RM30


Sob sob.

Sedih ='(

Hahaha

Nih laaa akibat buat banyak blog.

Tadi, terdetik di hati nak bukak blog

http://farahhakimah.blogspot.com/

Perghhhh !!
Ada pesanan dari adik Firzanah.

Cakap yang I jadi pemenang.

So, I terjah laaa segmen dia yang I join.

Pemenang pertama tuuu..

Hahaha

Tapi sayang, hadiah perlu dituntut 15/2/13

Sob sob =,.='

Melayang TOPUP RM30

Hahaha.

Apa-apa pun, tadi pergi terjah segmen lain yang aku join.

Alhamdulillah menang lagi.

Jom terjah gambar je..

Ini yang adik Firzanah post kat komen di entry segmen saya.



* Ini gambar bagi yang top-up BURN !! Tempat Pertama kot.



* Menang Cursor tulisan dari Nurirwanie dan dapat voucher perfume =)


Okay. 

Sampai situ je kot.

Sedih lagi sebenarnya.

Sob sob sob.

Oh ya !

Tadi kan saya pergi test untuk JPJ.

Hahaha

FAILED !

Yang paling mengejutkan,

saya ternampak capital E lagi.

Ahhhhh !!

Dah dah laa farah weh,

takyah fikirkan dia, kan kau dah cakap

sempena 14.02.13 iaitu birthday dia,

kau nak buang semua pasal dia.

Yeahhh !

I know I can do it.

Masa akan hilangkan semua keperitan ini.

InsyaAllah.

* Tapi, handsome jugak awak tadi.

Baju kemeja belang biru putih.

Aum aum aum.

Jatuh hati buat kali kedua -.-

Hahahahaha

* Farah sewel -,.-'

Okay laaa..

Nak beredar sudaaahhhh :)

- Waalaikummussalam -


14 Februari :)




Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni 14 Februari 2013.

Genap umur capital E berumur 18 tahun.

So, nak cerita kisah saya dengan dia..

Haha.

Memang saya sebagai seorang perempuan boleh CAKAP

" Alaaa, aku dah tak ada apa-2 perasaan pun laa pada dia "

Memang saya boleh CAKAP

" Semoga awak bahagia dengan si dia "

Memang saya boleh CAKAP semua tu wak, tapi..

HATI saya hanya Allah yang tahu.

Betapa sakit dan pedih hati ini bila mana saya terpaksa lupakan semuanya.

Sampai saat ini, genap lah 3 bulan saya dengan awak tak berhubung.

Haha.

Memang saya CEPAT lupakan semua memori tuh,

tapi 

CEPAT juga untuk saya ingat SEMUA kenangan tu.

Hahaha.

Awak tak akan pernah faham menjadi seorang perempuan.

Memang semua lelaki boleh umpakan wanita ni macam-macam.

Tapi, pernah tak awak fikir apa yang kami rasa sebenarnya?

Walaupun sesaat?

Wak,

sejujur dan seikhlasnya saya tak pernah lupakan semua kenangan tu.

2 tahun setengah.

Walaupun dalam masa 2 tahun kita tak berjumpa selepas saya pindah ke SBPI..

Masa yang agak singkat bagi awak, tapi bukan bagi saya.

Mudah awak berpaling pada dia kan?

Saya tak sangka wak..

Dulu, 

setiap kali saya nak bertolak ke hostel di Pahang,

awak selalu pesan pada saya

" Awak jange duk gelenya nak cari gewe lain laa di Pahang. Saya dekat sini tunggu awak "

Saya ingat wak.

Saya ingat pesan awak.

Setiap malam masa di asrama,

 sebelum tidur pasti saya akan tulis semua pasal awak dalam diari saya.

Sebab saya tak nak awak hilang dari ingatan saya.

Haha.

Saya ingat pesan awak, sebab tu saya tak pandang lelaki lain pun masa bersekolah di Pahang.

Saya tak pandang pun wak.

Apatah lagi niat nak menggatal dengan mereka.

Kalau awak tak percaya, boleh tanya kawan-kawan saya di sana.

Hahaha..

Dan satu lagi kata-kata awak masa awak tak nak saya tinggalkan awak dulu.

Masa saya mintak clash dulu.

Kata-kata awak yang buatkan saya percayakan awak.

" Tolong jangan tinggalkan saya, kalau awak tak nak tengok saya jadi sampah masyarakat "

Okay !

Saya tak jadi tinggalkan awak dulu.

Saya tolong jadi semangat awak masa awak down.

Saya ada untuk dengar luahan awak masa awak rindukan arwah ayah awak.

Saya tolong ajarkan awak math sebab awak tak suka subjek tuh tetapi

berbeza dengan saya yang minat subjek tuh.

Saya tolong wak !

Saya tolong selagi saya mampu.

Saya ingat semua tu wak !

Saya ingat !

Tapi !

Ada awak pernah kesah semua tu?

Pernah ke wak?

Apa yang awak tahu cuma nak jumpa.

Jumpa je yang selalu awak mintak dari saya !

Maafkan saya sebab saya tak mampu acap kali jumpa awak.

Apatah lagi selepas saya pindah sekolah di PAHANG, kita tak pernah jumpa pun lepas tuh.

Saya tahu, sebab nih jugak awak nak clash kan?

Sebab saya tak mampu nak jadi pasangan yang hebat macam yang lain.

Saya tak mampu jadi romantik.

Saya tak mampu type text dengan menggunakan panggilan " B, baby abang, sayang "

Sebab saya memang tak suka semua tuh !

Saya cuma mampu panggil awak AWAK je.

Saya tak mampu bagi awak pegang-pegang saya, sebab saya masih ada maruah wak.

Maruah umi dan abah yang harus saya galas bersama.

Maafkan saya ye.

Ya Allah, tetiba rasa sebak.

Hahaha

Saya menangis bukan sebab saya lemah, saya menangis sebab saya sakit.


Hati saya sakit wak..

Begitu lama saya jadi kuat semata-mata untuk kuat bersama awak.

Sampai saat ini masih terasa betapa sakitnya hati saya.

Okay.

Apa-apa pun saya tak kesah sangat pun sebenarnya.

Sebab dulu,

dalam doa saya,

saya pernah cakap

" Ya Allah, andai betul Muhd E*l**m ini jodohku, maka Engkau jagalah hubungan kami. Tetapi, jika dia bukan untukku, maka Engkau tunjukkanlah padaku kebenaran yang sebenarnya bagi hubungan kami "

Ya !

Memang betul wak..

Memang betul, kebenaran tuh tiba.

Saya pada awalnya dah syak macam-macam.

* Masa kita tengah nak hadapi SPM, sikap awak berubah. Awak dah sibuk sangat.

Awak selalu mengelak. Awak cakap awak sibuk buat itu laaa.. Ini laaaa.

Saya okay je, walaupun syak wasangka dah timbul masa tuh.

Tapi sangkaan saya tepat bila saya tanya kawan-kawan awak pasal awak.

Awak ada orang lain !

Hahaha.

Memang agak BERDENTUM macam dihempap BATU besar je masa saya tahu tu..

Tapi, saya buat rileks je.

Saya kan macho..

Hahaha

Then !

What a big surprise !

After two years kita tak jumpa...

Saya tak sangka yang saya akan terserempak dengan awak di Akademi Memandu.

Baju kita dah laa sama.

Warna Biru !

TAPI...

Lepas saya nampak awak, saya menyorok. 

Sebab saya tak nak tengok muka awak pun.

Hanya satu perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya masa tu

BENCI !!

Saya benci awak.

Awak PENIPU !

Semua lelaki sama je.

Dulu.........

Saya ingat awak lain wak... 

Tapi, hampeh !

Hahaha.

Then selang beberapa hari lepas tu, 

saya ternampak awak lagi buat kali kedua..

BERDENTUM hati saya berdebar kencang.

Saya panic.

Tangan saya sejuk.

Hahaha.

Tapi saya tetap buat muka macho macam tak ada apa-apa berlaku.

Saya nampak awak..

Warna baju kita sama lagi.

Dalam hati saya sempat bermonolog

" Ya Allah, kenapa semua ni terjadi? Kenapa mesti sekarang baru kami terserempak macam ni? "

Masa tu jugak saya sempat terfikirkan yang ayat-ayat orang tua selalu cakap,

" Ada jodoh kot kalau asyik terserempak tiga kali berturut-turut "

So..

Saya abaikan apa yang berlaku masa tu..

Tak mungkin awak jodoh saya.

Mungkin semua tuh hanya kebetulan kan?

Sebab masa tuh saya nampak awak text someone.

Saya agak awek awak laaa kan.

Text saya awak tak pernah balas pun.

Sedih ='(

Tapi, saya kuatkan hati.

Em.

Selang beberapa hari lepas kejadian hari tu, dengan izin Allah...

Kali ketiga saya ternampak awak !

Memang baju kita masih warna yang agak sama.

Hati saya sakit wak..

Saya tak nak awak jadi jodoh saya.

Saya tak nak kecewa buat kali kedua.

Walaupun nama awak masih ada dalam doa saya.

Tapi saya benci awak.

BENCI !

Benci yang akhirnya menewaskan saya.

BENCI yang sebenarnya membawa maksud saya masih mahukan awak.

Ya Allah,, saya rasa bersalah sangat sebab masih harapkan awak.

Ya, saya nekad saya harus lupakan awak.

Saya harus buang awak jauh-jauh.

Saya rasa bodoh sangat pernah kenal awak.

Memang mulut saya selalu cakap saya dah lupakan awak.

Sungguh, jauh di dasar hati saya..

Nama awak yang selalu ada jauh didasar hati saya.

Mana taknya, masa sekolah dulu...

Nama awak ada dikebanyakan barang-2 saya.

Botol air saya, ada nama awak.

Gelang saya, ada nama awak.

Keychain saya, nama awak ada.

Topi saya, nama awak ada.

Begitu saya percayakan awak dulu, begitu saya dambakan awak dulu.

Tapi, saya tak pernah bagi tahu semua tuh pada awak.

Dan saya yakin yang awak pun tak tahu pasal nama awak yang ada dikebanyakan

barang-barang saya.

Awak... 

Saya teringin sangat nak tanya awak,

masih adakah nama saya dalam minda awak?

Walaupun sesaat?

Hahahahaha.

Ini semua POYO !!

Okay laa wak, alang-alang saya tak pernah sempat ucapkan

 SELAMAT TINGGAL

pada awak yang ghaib tiba-tiba dengan dia

saya cuma nak ucapkan

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-18.

Semoga awak dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh untuk mak awak.

Dan menjadi pemimpin serta contoh yang baik bagi adik-adik awak.

Semoga awak dengan dia bahagia.

Dan tolong, jangan pernah awak ulangi kesilapan awak dengan si dia

sebagaimana awak pernah buat untuk saya.

Saya halalkan semua barang-barang yang saya pernah bagi pada awak.

Saya halalkan ilmu yang pernah saya bagi pada awak. 

Saya halalkan semua top-up dan masa yang telah saya habiskan untuk awak.

Terima kasih, kerana pernah ajar saya erti untuk SETIA.

Selamat tinggal awak.

Sempena hari ni, 

saya akan tutup semua kisah dan kenangan yang pernah ada antara kita dulu.



Dan saya percaya kata-kata gambar dibawah...





Dan InsyaAllah, akan saya tetapkan hati untuk tidak bercinta lagi.

Apatah lagi melangkah ke lembah cinta.

Dan saya yakin konsep bercinta selepas kahwin lagi manis.




Semoga Allah tetapkan hati saya di jalan yang benar.


- Waalaikummussalam -



Yang Ikhlas,
Hamba yang masih mencari cahaya Illahi.

Photo Contest: Aku dan Dia by Blog Paly


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni saya cuba nasib join contest ini.

Nak join?

Tekan banner ye :)

Alhamdulillah, semua syarat sudah di ikuti.

Bukti, tengok gambar di bawah ye..

Ini bukti saya follow blog.

Ini bukti saya like Fan page.


Twitter, sudah saya follow.

Saya punya yang nama @SiBakalJenazah

Dah mention yang saya follow twitter awak.

Ada kan?

Hehehe.

So, gambar yang dipertandingkan kat bawah ni ye..

Taken : Majlis Konvokesyen InSTAR 2012.

Quote saya :

" Sesungguhnya kasih sayang umi dan abah merupakan anugerah yang paling terindah bagi Farah "

Cerita disebalik gambar :


Bagi Farah selama Farah hidup sampai saat ini umi dan abah merupakan anugerah terbesar. Tanpa mereka, Farah tidak mungkin wujud hari ini dan detik juga saat ini. Terima kasih kerana menjaga dan membesarkan Farah. Farah doakan umi dan abah sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat supaya Farah dapat membalas segala budi baik umi dan abah selama ini. Walaupun tak sebesar pengorbanan yang umi dan abah lakukan, berilah Farah peluang untuk berbakti kepada umi dan abah.
Umi, abah...
Terima kasih kerana sanggup hadir semasa hari graduasi Farah di SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan Pahang ataupun lebih dikenali sebagai InSTAR ( Integrated School of Tun Abdul Razak ) walaupun pada masa tuh umi dan abah sepatutnya bertungkus lumus menjalankan tugas sebagai seorang guru di sekolah masing-masing di Kelantan. Terima kasih kerana umi dan abah selalu ada semasa Farah dicemuh, difitnah dan dicaci oleh kawan di sekolah. Walaupun kita berhubung hanya melalui public fon yang berdekatan kantin sekolah Farah, umi dan abah tak pernah jemu memberikan kata-2 semangat untuk Farah terus hidup dan berjuang di negeri orang yang jauh di mata umi dan abah. Walaupun kadang-2 Farah agak sedih bila tengok kawan-kawan yang selalu outing dengan ibu bapa masing-masing pada setiap hujung minggu masa tu, tapi Farah gagahkan dan ceriakan hati demi umi dan abah. Abah, maafkan Farah kerana selalu telefon umi berbanding abah. Tapi, abah merupakan abah kebanggaan Farah sebab abah selalu meniupkan kata-kata semangat untuk Farah semasa Farah kecewa dengan sikap kawan-kawan di sana.
Terima kasih kerana melahirkan Farah. InsyaAllah, akan Farah banggakan umi dan abah. Amin.


Okay.

Rasanya sudah sampai sini.

Harap dapat menarik minat si pembaca ^^


- Waalaikummussalam -

Yang Benar,
Hamba yang masih mencari cahaya Illahi.



Cinta vs Sayang ?


Bismillahirrahmanirrahim.

Okay.

Tadi, 

tengah-2 saya online Facebook ada 

seorang hamba menanyakan kepada saya apa perbezaan antara sayang dan cinta.

So,

saya yang begitu jahil tentang ni cuba memberikan pendapat saya.

Lihat gambar di bawah ^_^



Haha, jawapan yang tak masuk dek akal.

Almaklumlaa, saya nih jahil bab cintan cintun.

Okay.

Sebentar tadi, saya cuba search google tentang perbezaan 

definasi cinta dan sayang.



SUMBER PERTAMA
Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tau apa yang dialakukan.”Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.SUKA adalah hal yang menuntut.SAYANG adalah hal memberi dan menerima.CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.





SUMBER KEDUA

Suka

Which is suka adalah satu perasaan yang korang akan rasa bila ada sesuatu yang mengujakan.. Contoh mengujakan tu macam bila korang jumpa aku dan dalam hati korang cakap "Aku sukalah Muiz tu, walaupon pendiam tapi gaya dia tu cool je dan comel pulak tu.." Got it? Perasaan suka tu mudah untuk hadir.. Rasa suka tu biasa akan hadir dalam sesuatu hubungan yang biasa-biasa je.. I mean just kawan or etc..

Bila seseorang tu pandai melawak dan bila dengan dia buat kita pecah perut gelak guling-guling sambil terkentut-kentut, ianya akan membuat kita suka dekat dia..

Sayang

Perasaan sayang ni akan hadir bila korang selalu dengan benda yang korang suka.. Contohnya korang suka kat aku kan, then hari-hari pon lepak sama-sama, terjun bangunan sama-sama, mandi bogel je tak sama-sama lagi.. Bila dah selalu macam tu dan ada sesuatu berlaku dekat aku, korang akan risau.. Itu tandanya korang mula ada perasaan sayang.. Harap-harap perempuan lah yang sayang kat aku.. Kalau gay tu, go away pehliss!! Bullshit! Sayang tu tak semestinya dengan girlfren or boifren.. Dengan keluarga, saudara, kawan, pasangan gay atau lesbian mahu pon dengan kucing peliharaan korang..

Rasa sayang juga akan hadir bila kita selalu menceritakan sesuatu masalah kita dekat orang lain seperti keluarga atau kawan kita sendiri.. Dalam erti kata lain menceritakan masalah dekat orang yang boleh membuang masa dia, yang boleh kita carut-carutkan, memeningkan kepala dia dengan masalah kita sehingga buat dia terjun katil sebab kita bukan ada perasaan cinta dekat dia..

Cinta

Perasaan cinta ni adalah sesuatu yang mendalam.. Suka adalah suka, sayang adalah sayang tapi cinta merangkumi kesemuanya.. Rasa cinta ni akan timbul bila kita mengharapkan seseorang tu jadi milik kita.. Kalau boleh semua yang kita buat nak dia tahu.. Kalau dia buat sesuatu kita pon akan cuba buat jugak padahal sejak azali korang tak suka buat benda tu.. Seperti makan budu, uishhh.. dah lah masin tapi sebab dia suka korang pon nak suka jugak.. Apa nak buat jatuh cinta dengan orang timur.. Hihi.. Tapi kalau orang tu lari keliling bangunan dengan keadaan bogel jangan lah nak ikut jugak.. Fuuu!!

Bila ada rasa cinta ni korang akan selalu ingat, berangan dan mimpi pasal dia.. Kita akan cinta kan dia sepenuh jiwa dan raga kita walaupon dia buat tak tau je dengan korang.. Tapi kalau korang cintakan aku, just tell me.. Mungkin aku boleh pertimbangkan jadi isteri nombor kedua ke ketiga ke mahupon yang keempat.. Nak?



SUMBER KETIGA

"Like doesnt means love"

Yeahhh!!!! so true. Bila kita sukakan seseorang tak bermakna kita cintakan dia sebab suka dan cinta ada bezanya dan sayang adalah hasil dari proses suka dan cinta.
Suka, memerlukan sebab manakala cinta tidak memerlukan sebab tetapi lebih kepada siapa yang kita cinta "Like because what you have, Love because who you are" manakala sayang menjurus kepada rasa hasil daripada suka atau cinta.
Dia cantik, dia anngun, pandai masak, pandai ambil hati, baik budi, sopan santun, ayu, handsome, kacak, tampan, macho, berkerjaya, tinggi, body solid, bergetah dan etcccccccccccccc sebagainya, SEMUA ALASAN tersebut adalah sebab, dan itu menunjukkan yang kamu sukakan dia.
Tidak pada CINTA, cinta adalah lebih mudah tetapi satu perasaan yang lebih complicated. Kamu cintakan seseorang bukan sebab apa yang dia ada tapi siapa dia. Kamu tak kisah pun apa rupa paras dia, gemuk ke kurus ke, hodoh ke, malah ada yang cintakan seseorang bagai nak mati walaupun dia tahu orang yang dia cinta itu cacat, kaki pukul, penipu, hodoh dan sebagainya. Sebab, cinta kamu adalah kerana..........tak ada sebab, memang kamu cintakan dia. Ia adalah satu perasaan yang kamu sendiri tiada jawapan kenapa.
Now, if you like somebody, you will have the reasons but not when you fall in love. Kamu boleh jatuh cinta pada seseorang hanya dengan melihat dia sekali imbas. "Love at first sight" without any reason, tapi kamu tahu yang dia adalah sangat special pada kamu.
Tapi jangan salah faham, cintakan seseorang bukan bermakna tidak ada rasa suka. Ada, kamu mungkin suka dengan tingkah laku si dia, cara dia melayan kamu, personlaiti, dan physical appearance dan mungkin ada perkara yang kamu tidak suka tentang orang yang kamu cintai, those bad habits yang boleh meloyakan kamu, but at the end, dia tetap orang yang kamu cinta.
Tapi kenapa perbezaan cinta dan suka ni sangat penting. Yeaaaahhhh, so important sebab ramai antara kamu yang sukakan seseorang tapi claim/declare yang kamu cintakan dia. So then, go through your heart, is there any reasons yang membuatkan kamu cintakan si dia, jika ya, maka kamu sebenarnya sukakan dia dari cintakan dia.
Kamu mesti akan konfius dengan perasaan kamu sebab, bagaimana kamu boleh cintakan seseorang tanpa kamu sukakan dia terlebih dahulu. Back to the basic question, is there any reason for you to love someone, then your heart will give you the answer.
Tapi still, banya cinta yang boleh lahir dari rasa suka kita pada seseorang. Kerana hati dan personaliti dia, kamu sukakan dia dan seterusnya kamu mula jatuh cinta, cinta pada dia tanpa sebarang alasan.
dan SAYANG, sayang akan wujud apabila kamu sukakan dia atau cintakan dia. Sayang adalah perasaan yang kamu boleh curahkan pada apa sahaja atau siapa sahaja. It is a feel macam happy, marah, dan sebagainya.


Okay !

Sekarang awak dah faham?

Haha, banyak sumber banyak laa perbezaan kan?

So, apa apa pun.

Cintakanlah Allah sebelum kita mencintai yang lain.

Sampai di sini sahaja.

Ilalliqa' ^^

- Waalaikummussalam -

Surat Untuk Aku ?


Eh eh.

Tik tok !

Ding dong.

Bhahaha.

Okay.

Tajuk entry hari ini " Surat Untuk Aku ? "

Wah..

Akhirnya, ada peminat rahsia laa..

Terharu, sob sob sob ='(

* Lap hingus pakai kain lap lantai *


Hahaha

Okay.

Sebenarnya surat tuh sampai semalam.

Macam ni, semalamkan I pergi bandar cari barang-2 hantaran untuk

I kahwin.

Oppss !

Abang I lah yang kahwin.

So, dipendekkan cerita, kami shopping hampir 12 jam.

Bayangkan laa, Kota Bharu sesak dengan kereta.

Bertolak pukul 10.30 a.m. balik pukul 10.30 p.m.

Ish ish ish 


*geleng kepala*


Okay.

So, bila balik rumah ayah I pun tiba-tiba cakap..

" Farah, farah mohon kolej apa-apa ke?  Ada surat dari kolej mana entah tadi. Tapi, nama kolej tuh pun abah tak pernah tahu "


Then aku yang baru sampai ni pun tanya, mana surat nak tengok.

Abah cakap atas meja marble.

So, aku pergi lah ambik.

Hahahaha.

Nak gelak weh.

Dapat tawaran dari kolej CQ-TEC

Kolej apa tuh weh?

Aku pun tengok laa kertas maklumat dia..

Oooooo.. 


* sambil mengangguk *


Kolej yang menawarkan kos berkaitan 

Kulinari, Chef, Perhotelan dan semua yang berkaitan Komputer gitu.

Then abah ku cakap, tak yah layan lahh.

Aku pun letak je atas meja macam tuh. Bhaha

Then terdetik lak nak buat entry ni.

Aum aum aum.

Hahaha

Jom terjah gambar :)


Hahaha, siap ada nama I lagi. Aum aum aum -.-'




Hahaha, ini je isi yang ada di dalam sampul tuh ='3

Apa-apa pun, jangan lupa doakan kami pelajar SPM'12 dapat keputusan yang cemerlang. Amiin. Hope sangat-2 dapat result yang baik. Semoga lah kan. So, tuh je laa kot.
Okay !

Sebelum I forget laa kan.

Alang-2 ikut abang and umi pergi beli barang-2 mereka semalam,

 so saya pun beli lah gameboy.

Hahaha

Murah je weh. * RM 5.90 *

Nak beli jugak? 

Pergi laa MYDIN dekat Kubang Kerian.

Jom terjah gambar game mengisi masa lapang saya -.-'



Haha.

Comel  tak ? Comel laa.

Banyak lagi pilihan yang cantik-2, tapi I pilih yang ni ='3

Okay !

Sebelum tuh, please doakan untuk saya supaya my brother lembut hati nak belikan handphone untuk saya. Please sayang sayang saya semua. Please ye. I mohon. Dah lama weh tak beli handphone. Dari form4 lagi. Sekarang dah umur satu lapan. Sedih. Sob sob ='(
Okay laaa.

Dah tamat entry ini untuk malam ini.

-  Waalaikummussalam -

Misi pencarian bloglist by Adam



Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni nak join segmen ni.

Awak nak join, sila tekan gambar :)

Jom kita sama-sama tersenarai dalam bloglist Adam.

InsyaAllah.

Okay.

- Waalaikummussalam -

Segmen upkan follower by Hana



Bismillahirrahmanirrahim.

Saya nak join ni sebab follower sikit sangat.

Dah lama tak update blog.

Hehe

Awak nak join. sila tekan banner ^^

Orang yang di tagged :

So, follower saya sekarang baru ada 103.

Sob sob ='(

So, hope dapat tambah follower dengan blog walking dan follow para peserta.

InsyaAllah.

Amin.

Okay.

- Waalaikummussalam -