Baju kurung ^^



* This is me in this year :)


Bismillahirrahmanirrahim.

Okay

Haha

Sebenarnya saya taknak cakap banyak pun.

Saya cuma nak cakap lah kan.

Oppss ! Bukan cakap, tapi taip.

Hah !

Saya cuma nak taip ni, sejak beberapa hari ni ataupun lebih tepat,

sejak melangkah ke alam satu lapan ni, 

saya sudah tak berapa minat pakai jeans.

Hurm.

Saya pun tak tahu kenapa.

Padahal dulu, sayalah antara manusia paling teruk.

Nak tahu kenapa?

Saya ingat lagi masa form one.

Saya kan dapat tawaran bersekolah di SMKA Tok Bachok kan ?

So, apa lagi.

Kalut lah umi saya.

Sebab saya tak ada baju kurung.

Ada pun just baju raya.

So, dengan tergopoh gapah, membelilah umi saya beberapa pasang baju kurung

untuk dibawa ke hostel.

Tapi, saya just sekolah di SMKATB selama 3 bulan je, then pindah ke SMK Bachok.

Hehe.

So, nak dibuat cerita, naik form4, baju kurung saya still tak bertambah.

Hahaha.

Sebab major of my pakaian banyak t-shirt lengan panjang, blouse and jeans.

Hurm.

Teruk betul kan saya ?

Ye, saya sedar.

Sampai ramai yang cakap saya nih macam tomboy.

Tomboy versi jiwa lembut.

Haha.

Saya nih jenis cepat menangis.

Tengok luaran nampak macam taiko, tapi dalaman lembut.

Takleh kena tengking, mesti rasa sebak nak nangis.

So,

dipendekkan cerita.

Sejak beberapa minggu kebelakangan nih, saya sudah mula berjinak-2 dengan baju kurung.

InsyaAllah, tudung tuh akan dilabuhkan dari masa ke semasa.

Saya perlukan masa untuk menjadi yang lebih baik.

Alhamdulillah dah terbuka hati untuk menjadi lebih sopan.

Kalau tak, selama nih memang berseluar jeans je keje.

Hehehe.

Pastu, apa ye.

Oh ya.

Yang gambar dekat atas tu,

kecuali yang gambar baju hitam polka dot tuh, semua baju yang 3 lagi tuh, baju umi 

saya masa muda-muda dulu.

Saya kan the only daughter in my family, 

so semua baju umi saya masa muda mudi dulu,

umi sedekahkan kepada saya.

Ditambahkan cerita, baju-baju yang dekat atas juga pernah menjadi baju harian saya di asrama

semasa saya berumur satu tujuh.

Kalau tidak, memang takde lah baju kurung untuk saya pakai waktu prep.

Hahaha.

Okay.

Thanks to saya jugaklah kan,

 disebabkan saya yang pakai baju umi pergi prep,

baju yang old fesyen yang cantik tuh,

ramai kawan-2 puji baju umi.

Hahaha

Okay tu jelah kot.

Jangan lupakan doa untuk keputusan kami pelajar SPM 2012 :)

Harap-2 dapat keputusan yang cemerlang.

Amin.

Okay.

- Waalaikummussalam -



2 comments: