Medical Checkup for UiTM

* Dalam perjalanan untuk medical checkup, snap dulu. Gambar farwizah before kena suntik dan makcik yang bajet ayu semacam. Abaikan tudung saya yang agak serabai disitu :p


Bismillahirrahmanirrahim. Nampak gambar diatas? Alhamdulillah. Selamat medical checkup untuk memenuhi salah satu syarat untuk memasuki UiTM Machang. Mula-mula rasa malu nak pergi. Sebab masa nak masuk SBP dulu pun dah buat medical checkup kat KLINIK ZIAD ni. Klinik ni klinik swasta, tapi tetap ramai je orang pergi. Sebab antara banyak-banyak klinik yang pernah saya pergi, klinik ni memang terbaik. Doktor Ziad memang baik. Dia punya alatan pun memang best laa. Siap on the spot. Cuma nak tunggu turn je lama sikit  sebab ramai orang. Doktor Ziad peramah. Haha

Okay, masa medical checkup tuh aku buat x-ray. Siapa-siapa yang pernah buat mesti tahu macam mana kan? Kena berkemban. Semua pakaian kena tanggal. Tulah yang aku malu nak buat x-ray. Nasib baik lah perempuan yang handle. Masa form4 hari tu pun perempuan jugak yang handle. Dah siap buat x-ray akak tuh suruh pergi ambil botol urine test. Mula-mula aku rasa nak gelak, sebab tak rasa nak buang air kecil pun. Tapi, masuk je toilet, lol.. Terasa nak terkuncil lak. Hahaha.. So, apa lagi buat laa macam yang akak tu suruh. Dah siap tuh, dia pun suruh aku masuk bilik nak test urine tu. Ada ke patut dia tinggal aku sesorang. Tengah aku tunggu tu, aku intai laa aku punya keputusan x-ray tadi. Nampak laa tulang belulang. Haha

Tengah menunggu tuh, tiba-tiba sorang akak yang lain masuk. Pastu dia tanya aku, ada dah ke staf laki datang? Aku cakap laa belum. Pastu dia pun cakap, okay tunggu jap. Then dia panggil laa staf laki tu. MALU ! Hahaha, dia yang cek aku punya urine. Terdetik juga dalam hati, takut ada masalah apa-apa. Masa dia tengah test tu, tiba-tiba ada orang panggil. Terbengkalai macam tu je la.. Then, akak mula-mula yang cek aku tadi pun datang balik. Dia pun sambung cek untuk ujian dadah. Alhamdulillah okay. Haha

So, bila dah siap cek urine. Akak tu pun cek tekanan darah lak. Tengah-tengah cek, umi dengan farwizah tiba-tiba masuk. Haha, farwizah kena suntik. Sebab kudis dia dah kena jangkitan kuman. Sebab tulah meleleh je kudis tuh. Makin lama makin membiak. Habis separuh montot dah kena kudis. Haha, tulah. Bila nasihat taknak dengar, dia gak yang gatal pi garu montot tuh kenapa. So, dah kena suntik apa lagi, melalak laa. Hahaha. Padahal hari tu dah pergi klinik kerajaan, tapi tak sembuh jugak sebab ubat yang doktor tu bagi tak berkesan kot. Macam-macam ubat dah kami letak, tapi tak berkesan. Tapi, alhamdulillah, lepas je kena suntik semalam + sapu ubat yang Doktor Ziad bagi, kudis tu dah kering sekelip mata. Biarlah agak mahal, tapi berbaloi. Melayang RM65 untuk Farwizah seorang.

Then lepas dah siap cek tekanan darah dan tekanan gula semua, kami pun pergilah ke bilik doktor bersama-sama. Alang-alang dah terserempak. Haha, so dah jadi macam tuh Dr. Ziad pun tanya lah, nak study mana ni buat medical checkup. Aku pun cakaplaa, UiTM Machang ni je. Dia tanya ambil kos apa, aku cakap diploma perakaunan je. So, dia cakap baguslaa tu. Sambil-sambil borak, umi aku pun menyelit cakap tentang sepupu aku yang disahkan ada penyakit buah pinggang. Dr. Ziad tanya laa, umur dia berapa. Mak aku cakap laa sebaya dengan aku je. Penyakit tu baru dapat detect bulan lepas. Kesian dia, selang sehari kena buat dialysis. Dr. Ziad terkejut gak sebab selang sehari, maksudnya dah parah laa. Sebab orang tua pun buat 3minggu sekali. So, Dr.Ziad pun cakap, maybe dari kecil kot sebenarnya buah pinggang dia tak elok. Cuma awal-awal tak dapat detect sebab SLE ( Systemic Lupus Erythematosus ) ni apa entah. Haha, aku pun tak tahu -.-' Silalah search google ye. Apa-apa pun, doakan dia cepat sembuh. Amin.

So, alhamdulillah lah aku takdak penyakit apa-apa. Walaupun melayang RM90 untuk medical checkup tu sahaja, tapi berbaloi laa. Sebab layanan yang baik. Harharhar. So, sampai sini jelah kot. Till then, semoga ketemu lagi. Waalaikummussalam :)

Persediaan saya ke UiTM Machang



Akhirnya. Keputusan untuk memilih antara Kolej Matrikulasi Melaka dengan UiTM dah dibuat. Saya lebih prefer untuk ke UiTM. Keputusan yang dipilih juga diterima sebulat suara oleh kedua-dua umi dan abah saya. Lagipun, kalau saya pilih KMM belum tentu saya dapat tukar dari kos sains ke kos perakaunan. Tambahan pula, ada abang-abang dan kakak-kakak senior yang cakap permohonan pertukaran kos belum tentu diterima seratus peratus oleh pihak KMM. Sebab permohonan tu akan dinilai dahulu. Okay. 





Seperti mana yang anda dapat lihat, UiTM ada masalah sosial bukan? Walaupun banyak khabar angin yang tidak enak didengar mengenai UiTM, saya kuatkan hati dan semangat untuk tetap dengan keputusan yang dibuat. Walaupun semalam rasa down juga bila orang cakap yang UiTM ni penuh dengan masalah sosial. Haha, mula-mula cuak juga bila dengar. Tapi, bila scroll down komen-komen mengenai UiTM, ada seorang hamba yang mention UiTM di Kelantan tiada masalah sebegitu. Terdetik juga didalam hati dan berdoa supaya dapat UiTM Kelantan je. Dan alhamdulillah doa itu dimakbulkan bila cek keputusan kampus mana yang saya dapat siang tadi. 




Walau agak kecewa sebab hanya dalam negeri, tak mengapalah. Asalkan saya jauh dari masalah sosial. Yela, iman saya ni tak berapa kuat nak menangkis segala kemugkinan bahaya yang mendatang. Umi pun nampak macam kecewa sikit bila saya dapat kampus Machang sebab dia nak sangat saya dapat Melaka. Sebab, senang nanti dia nak balik kampung. Maaf ye umi. Hurmm,, dan satu lagi perkara penting. Kakak ipar saya juga belajar disini. Hehe, senanglah sikit saya nanti. Kihkihkih.. 

Okay, umi cakap.. Hari Jumaat dekat ni (24 Mei 2013) , kemungkinan kami sekeluarga akan bertolak ke Melaka. Cuti katakan. Hahaha, so umi suruh saya prepare barang-barang untuk ke UiTM mulai sekarang. Baru ingat nak rileks dulu. Tapi takpelah, dah gatal nak ikut sama. Biarlah tak dapat pergi Melaka sebagai penuntut di KMM, pergi balik kampung pun dah okay lah kan. Hehehe

So, apa yang saya dah prepare? Tak ada apa-apa pun yang dibeli dan diborong. Cuma baru sudah siap tulis list barang-barang untuk diborong sahaja. Kawan-kawan pun ramai texts tanya persediaan. Habuk jelah persediaan. Kosong. Tapi, barang-barang berkaitan pakaian, alhamdulillah settle. Macam cadar, selimut semua dah settle. Bantal pun dah settle. Rembat bantal busuk je bawak pergi UiTM. Hahaha.. Tapi kan, apa yang saya takut, kakak ipar saya cakap asrama UiTM Machang macam tak best je. Sebab hanya locker yang memisahkan katil. Biarlah umi murah hati bagi duduk serumah dengan kakak ipar kat rumah sewa dia. Walaupun mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke kampus. Sob sob.. Harap umi bagi. Tapi, taknak susahkan umi bagi duit sewa. Sob sob,, kalau duduk asrama pun, hope dapat kawan-kawan yang okay. 

Selain tu, ada jugalah kawan-kawan sekolah lama dari SMK Bachok dan SBPI Tun Abdul Razak yang dapat kat situ. But I really hope yang mereka tak akan datang. Yang SMK Bachok tu saya okay je. Yang InSTAR tu, saya tak berapa rapat. Hahaha. Dan dulu saya pernah sangat berharap bila saya keluar dari InSTAR, saya tidak akan berjumpa pelajar-pelajar di sana lagi. *Harapan yang entah apa-apa* Hahahaha.. 
Maaf. Tapi, itulah realiti yang saya inginkan. Kalau awak-awak nak tahu, habis je SPM tahun lepas, balik bukak facebook, terus budak-budak InSTAR saya BLOCK dan saya REMOVE -.-' *saya tahu saya sakai*

So, kepada sesiapa budak-budak InSTAR yang saya remove dan saya block, I'm really sorry. Haha.. Hati ini dah nekad taknak ada apa-apa kaitan dengan sekolah itu. Biarlah apa yang awak-awak nak cakap, memori yang saya ada di sana, kebanyakkan memori-memori yang melukakan hati sahaja. Kalau boleh dipadam dari ingatan, nak sahaja saya delete semua memori tu. Tapi, hanya Allah yang tahu. Habis sampai situ. Minta maaf sangat-sangat ye.

Hurm,, saya rasa sampai sini jelah kot entry ni. Till then, jangan lupa doakan kejayaan saya meneruskan perjalanan sebagai mahasiswi di UiTM Machang. Waalaikummussalam.


UPU dah keluar !!







Alhamdulillah. Akhirnya segala debaran yang dinanti-nantikan oleh para lepasan SPM 2012 telah berakhir. Yela, keputusan UPU dah keluar. Sepertimana yang anda dapat lihat gambar di atas, tulah keputusan yang saya dapat. Alhamdulillah. Keluar jugak perkataan TAHNIAH kat situ. Hehehe. Tapi lah kan, saya pun masih dalam dua nak pilih yang mana. Hahaha. Tapi alhamdulillah juga lah sebab yang saya dapat pilihan pertama. 

Bagi sesiapa yang tak dapat, jangan sedih-sedih. Mungkin rezeki anda ada di tempat lain. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang dapat form6, silalah rajinkan diri ada untuk meneruskan form6 jika anda tidak dapat ke IPTA. Sebab, bagi saya form6 sekarang pun bagus. Jangan sedih-sedih ye kawan-kawan. Kalau yang nak juga pergi IPTA, silalah buat rayuan. Manalah tahu kot-2 sangkut dapat pergi jugak nanti. Hehehe

Sebenarnya saya tak ada idea nak update entry ni. Tapi, akibat di paksa oleh seorang kawan, saya merelakan diri mengUpdate blog. Kawan saya yang beria suruh update blog ni, dia dapat UiTM juga. Dapat kos maklumat perakaunan. Macam mana benda tuh saya pun tak tahu. Umi saya pun marah-2 saya, nak ambil akaun, tapi buku akaun sebiji pun takdak dalam rumah. Sebab abang-abang atas saya tak pernah belajar akaun termasuklah diri ini. Entah apa yang merasuk diri saya ni sampai beria nak sangat ambil kos akaun pun saya tak tahu laa. Apa nak jadilah dengan saya ni. Maybe sebab minat yang sangat tidak ada dalam subjek biologi time sekolah dulu kot yang membuatkan diri ini nekad untuk tidak belajar biologi lagi. Dan dengan senang hati saya mengisytiharkan yang saya nak ambil akaun -.-'

Adik-adik yang terbaca entry ini, sila jangan ikut perangai saya. Walau macam manapun, malam ni insyaAllah nak buat solat istikarah dahulu. Supaya hati ini tenang dan dapat buat keputusan dengan baik. Hehe. Apa-apa pun, di mana sekalipun tempat kita belajar itu tidak penting. Yang penting usaha kita untuk mendapat kejayaan. Buruk ke tak tempat tuh, tak semetinya pelajar-pelajar kat sana tuh tak bijak bukan? Ececece.. Sedap betul ayat saya. Hahaha, saya ni pun masih terkontang kanting. Apa-apa pun, jangan lupa doakan kami supaya dapat menjadi manusia berjaya kelak. Oh lupa, tadi saya ada printscreen kawan saya punya result. Dia tak dapat ke IPTA. Tapi, dia dapat ke matrik. So, jangan sedih-sedih ye. Mungkin rezeki anda ada di matrik. Yakinlah, setiap apa yang berlaku, ada hikmah selepas itu. Ambil yang jernih, buang yag keruh ye semua.





Contoh paparan yang tak dapat ke IPTA. Emm,, kawan saya maybe akan buat rayuan kot. So, sama-samalah doa moga dia dapat ye. Hehehe.. Walau macam mana pun, ramai juga yang dalam group KMM confirm pergi KMM. Saya masih dalam dua. Kalau pergi KMM mesti best sebab dah ramai kenalan. Tapi, umi macam nak saya buat diploma je. Tak tahu lah tuh. Moga Allah bukakan pintu hati ni supaya dapat pilih yang mana yang terbaik untuk saya. Hehehe.. Apa-apa pun, ayat pun dah keling. So, sampai sini jelah entry ni. Akhir kata, waalaikummussalam.


* Ohh lupa lak,, Fahmi, dan kawan-kawan yang saya cakap saya dapat UTM tadi, kalau hang terbaca entry ni, maaf weh. Bukan UTM tapi UiTM. Hahaha, salah info tadi. Tersilap tengok -.-'



KMM or UPU ?




Setelah sekian lama tidak menaip di blog. Berhabuk sudah. Hahaha. Okay, seperti anda lihat tajuk diatas ye. KMM atau UPU? Huh. Habis je SPM hari tuh, tak pernah rasa secuak ni selepas SPM. Cuak jugaklah nak buat pilihan nak pergi mana. Matrik ke? Universiti ke? Sambung diploma ke? Sambung asasi ke? Akhirnya, setelah membuat beberapa tinjauan., saya rasa lebih baik ambil asasi. Itu pun kalau dapat U lah. Kalau tak dapat, mungkin saya akan teruskan perjuangan di matrik sahaja. 


Hah? Matrik dapat kos apa? Saya dapat Sains PST. Pada mulanya ingatkan nak tukar kepada kos akaun. Tapi, sekarang semangat untuk tukar kepada kos tersebut dah makin luntur setelah saya tengok beberapa komen yang menunjukkan subjek akaun sebenarnya lagi susah dari sains. Huh.. Masih dalam dilema. Tapi, permohonan UPU hari tu semua berkaitan akaun, banking, dan business. Hurm. Agak dilema. Hahaha. Tapi, setelah ditanya pendapat umi, umi cakap ambil akaun lah. Kalau dapat diploma akaun, buat je. Tapi, selang beberapa hari lepas tu, umi cakap kalau pergi matrik pun boleh jugak. Bolehlah umi selalu balik kampung. LOL -.,-' Hahahaha, kelakar lah umi ni. Hahahaha.. 


Walaupun macam tuh, hari tu adalah tubuhkan satu group di facebook. Group untuk Kolej Matrikulasi Melaka. Alhamdulillah, dapat jugaklah sambutan., walaupun tak meriah sangat. Ceh.. Hahaha. Alhamdulillah, berkat group tu, jumpa juga geng untuk bakal-bakal pelajar KMM sesi 13/14. Hope lah kawan-kawan ni mesra dalam facebook dan juga luar facebook :) Bak kata orang, jangan hanya indah khabar dari rupa. Janganlah mesra hanya di alam maya, tapi realiti pun mesti macam tu jugak kan...? Cehhh, ayat takleh blah. Click Sini untuk ke link group KMM di Facebook --> KMM 2013/2014


Oh, hari tu saya ada cek markah merit. Alhamdulillah dapat 80 above. Hehe, awak-awak nak cek boleh tekan sini. Ini cara-cara untuk kira merit tuh je. Click Sini --> KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT


Okay, persiapan saya untuk sambung study ni setakat mana dah eh? Hurm,, honestly saya tak buat apa-apa lagi. Packing barang? Jauh sekali. Haha, saya cuma usha-usha KMM tu macam mana je. Tu pun melalui laman sosial dan google je. Dengar cerita, KMM ni antara kolej yang paling lama. Dengar cerita jugak yang KMM ni bangunan dia buruk. Dengar cerita yang KMM ni berhantu. Macam-macam pendapat lah dari senior-senior KMM yang saya baca dari blog mereka. Ceh.. Ada blog cakap jubah takleh bawa. Ada yang cakap boleh bawa tapi tak boleh pakai time pergi study. So, depends on us lah kan nak buat keputusan samada nak bawa jubah tu atau tidak. Bagi saya, saya memang tak bawa. So, it is easy for me :)


Okay, apa-apa pun, keputusan saya masih dalam dua antara KMM atau UPU. Hehe, so hari tu saya ada baca blog yang post pasal barang-barang keperluan untuk dibawa ke matrik. So, as a boarding school's student saya rasa barang-barang yang nak dibawa ke matrik tu perkara kecil je. Hahaha *ayat berlagak* Haha, so saya rasa awak-awak yang tak pernah ke asrama, bolehlah lawat blog dia. CLICK SINI --> List barang-barang ke matrikulasi


Okay, rasanya cukup sampai sini jelah kot. Haha, entah pape je post ni. Macam takde kaitan sangat pun dengan KMM or UPU -.-' Merapu plus merepek je lebih. So, kalau ada kesilapan dan ketidak puasan, bolehlah tegur ye. Till then, waalaikummussalam :)

Salahkah Saya ?


Bismillahirrahmanirrahim.

Fuhh, agak lama meninggalkan blog ini. Dah lama jugaklah tak menaip dengan rakusnya di atas papan taip. Semua manusia mempunyai perasaan bukan? Perasaan suka, sayang, cinta, mahupun minat, semua perkara tu berkaitan dengan hati. Tulah kan, kalau melibatkan hati dan perasaan ni saya pun terkelu lidah untuk berbicara. Hurm. Yelah kan, kita tak tahu perasaan orang pada kita yang sebenarnya. Walhal di mulut, manisnya mereka berbicara tidak mungkin sama dengan peritnya hati merasa. 

Salahkah saya?

Salahkah saya kerana tidak tahu perasaan seseorang tu pada saya. Padahal si dia pun tidak pernah ungkapkan kata-kata manis yang menggambarkan perasaan dia yang sebenar. Ye. Mungkin salah saya. Salah sebab dulu pernah mengakui dan menyatakan yang saya suka padanya. Hahaha.. Salahkah saya untuk menyukai orang lain selepas dia tinggalkan saya sepi tapa kata? Salahkah saya bila dia tidak memberikan respon atas pengakuan saya? Salahkah saya kerana pernah menyukainya dahulu, tetapi kini tidak lagi? Salahkah saya nak merasa sedikit kebahagiaan sementara? Salahkah saya apabila menemui sedikit kebahagia tetapi muncul si dia yang lama?

Awak, kenapa mesti awak buat saya macam ni? Hilang dan muncul kembali secara tiba-tiba setelah hati ini sudah ditawan oleh yang lain? Apa yang awak mahu saya lakukan sekarang? Dulu, awak abaikan saya dan tinggalkan saya macam orang bodoh. Hati tu memang sakit, tapi karenah teman-teman di sekeliling membuatkan saya lupakan apa yang awak buat pada saya. Sejak dari tu, saya tak tahulah apa yang awak fikir masa tu. 12/12/12. Tarikh dimana kebanyakan manusia bahagia bukan? Tapi tidak bagi saya. Selepas tarikh ni, awak tiba-tiba menyepi? Apa salah saya? Macam orang bodoh hantar text tak berbalas, call jawab acuh tak acuh. Salah saya ke apabila awak tiba-tiba muncul dan menyatakan tentang jodoh? Hahaha.. Jealous cakap jealous. Sejak dulu lagi ego awak ni tak bertempat. 

Saya, kalau dah orang tuh nak sangat lost contact. Saya pun secara suka rela lah kan menyepi. Itu yang awak nak sangatkan. Menyepi tanpa bincang apa-apa.