Happy Eid 2013






Alhamdulillah. Rukun Islam ketiga telah ditunaikan iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Walaupun terpaksa berganti. Haha.. Biasalah tuh, lumrah kehidupan seorang wanita. Biorle saya ni agak kasar, tapi pada hakikatnya, saya masih seorang perempuan. Wakaka *ayat mintak penampor* Okay, apa-apa pun. Selamat sudah kita menunaikan solat sunat adilfitri. Amacam raya awak semua tahun ni? Banyak status-status di facebook menyatakan raya tahun ni hambar. Betulkah? Errr, betul kot.Sebab bagi saya pun rasa macam tu --' Raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun sebelum. Dahlaaa,, pintis pun dapat sikit. 1 per empat dari tahun lepas ='( Haishh,, tulah malu sangat nak mintak duit raya, yang dapat pun sebab mak sedara yang DATANG bagi. Wakakaka.. Nasib seorang budak yang sudah tua.Anda nampak gambar diatas? Tu je gambar yang sempat disnap. Hahaha, tu pun nasib sepupu saya yang ajak bergambar. Kalau tak, memang takdok gambar pun. Cakap pasal gambar, mek fahmi busuk, bila anda nok upload gambar? Tahulaa henseng, nak buat macam mana laaa kan. Takut peminat-peminat serbu ke? Untunglaaa.. Hahaha


Okay, sebenarnya tadak topik nak tulis sangat. Raya pertama macam biasalah bangun awal. Mandi dan bersiap. Tahun ni adik-beradik semua cukup plus tambah kakak-kakak ipar lagi. Hehe. So, bilangan ahli keluarga semakin meningkat laa. Pagi raya semua berkumpul di rumah nenek sebelah abah. Kebanyakkan family semua solat raya kat surau arwah datuk yang terletak kat belakang rumah nenek je. Surau tu memang penuh dengan ahli keluarga kami je. Kalau ada orang lain pun, jiran-jiran sebelah je. Selesai solat raya, kami macam kebiasaan berkumpul dirumah nenek. Ramai. Bayangkanlah, 12 orang adik beradik abah dengan family masing-masing. Riuh jugak laa walaupun agak hambar. Haha. Kami makan-makan. Snap snap. Tahun ni abah tak bawak DSLR dia. So, keluarga saya menumpang kamera orang jelah. Sebab tu takdak gambor sangat. Yelaa, orang ada S4 ni lain, lagho dengan S4 sampai lupa nak bawak DSLR. Kalau tahun sebelum-sebelum ni, kalau lupa bawa kamera, sanggup abah balik rumah balik semata-mata nak ambil kamera. Tapi tahun ni macam hampeh. Hahaha

So, lepas dah bermaaf-maafan dengan nenek dan saudara-mara. Abah dengan adik-beradik lelaki pergi ke kubur arwah datuk. Then, lepas tu semua family buat kerja masing-masing. Keluarga saya pergi beraya dirumah makcik yang datang bekerja kat rumah kami dulu. Dah raya kat situ, kami balik rumah then pergi beraya kat rumah mak sedara yang berhampiran dengan rumah kami. Lepas tu., orang datang rumah saya lak. Dah siap tu pergi raya rumah makcik saya yang kat belakang rumah je pun. Haha. Then petang tu lak beraya kat rumah Pak Long di Kg Sungai, Bachok. Malamnya lak, pergi beraya dirumah kakak ipar saya di Alor Pauh, Gunong. Em. So, balik rumah tidur. Hahaha.. Penat meh. Seharian berjalan. Dahlaa tak tukar baju. Baju pun dah gaya macam baju budak darjah satu, comot. Wakaka. Dengan kuah satay yang jatuh. Kahkahkah. Macam budak, tak padan dengan tua. So, takdok dah rasanya. 

Hari raya kedua takdak pergi mana-mana pun. Wakaka. Ingatkan petang tadi nak beraya rumah mak sedara. Tapi, abang tak balik-balik lagi sampai saat ni sebab jam. Wakaka. Tu jelah kot. Okaylah. Nak baca ECO sikit then tidur. Wakaka, merajuk dengan mek fahmi 40 hari :P

Machangster #1



Bismillahirrahanirrahim... heee, sudah dua bulan jari jemariku tidak menaip dalam blog ni. Kekeke. Okay. Sebenarnya tak boleh tidur ni. Alang-alang pagi nanti nak keluar cari baju raya, so terbantut niat untuk tidur. Em em.. Anda semua nampak gambar di atas yang telah di "collage" kan?? Ecece, tu baru sebahagian je taw. Hahaha.. Gambar yang diambil apabila saya bergelar seorang mahasiswi di UiTM Machang a.k.a Machangster. 

Alhamdulillah pada tanggal 06 Jun 2013 yang lepas, saya secara rasminya selamat mendaftar di UiTM Machang untuk sesi Jun-Oktober 2013. Pada minggu orientasi tu, memang agak memenatkan. Memang takdak masa langsung nak menghandsomekan diri bagi yang lelaki dan mencantikkan diri bagi yang perempuan. Mana tak nyaa,, masa yang ada untuk berehat pun after pukul 11 malam. Memang lepas siap buat aktiviti pada sebelah petang tu, balik untuk tidur je. PENAT ! Hahaha, btw akak-2 dan abang-2 PM ( Peer Mentor) semua baik-2. Bayangkan lah, ada satu malam tu, hujan lebat gila, sanggup akak-2 & abang-2 PM sekalian beratur sepanjang jalan sambil pegang payung untuk payungkan kami semua. Memang terharu gila laa masa tu. Sebok semacam je masa tu, nak nangis pun ada. Dahlaaa kami selalu buat diorang marah. Lambat nak hadirkan diri untuk aktiviti laa, makan lambat, beratur pun lambat, mengada lebih, komplain banyak, memang menguji kesabaran mereka laaa. Memang, perghhh.. SENTAP ! Hahaha, so... Buat adik-2 yang bakal menjalani minggu MDS ( Minggu Destinasi Siswa) nanti, silalah berkelakuan baik. Jangan ego tak bertempat. Nasiblah saya ni jenis yang agak skema sikit. So, bukan saya laa yang datang lambat tu. Hahahaha

Okay, done with the minggu orientasi. Kat sana, saya ambil Diploma in Accountancy. Mula-2, ingatkan subjek yang kena belajar tu semua kira-kira. TERKEJUT jugaklaa bila mula-2 masuk kelas bagi setiap subjek. Sedih pun ada. Hahaha, mana taknya.. Kebanyakkan subjek lebih kepada ingat fakta. Erghhh, i hate facts ! So, perbetulkan niat. Em em. Hahaha.. Subjek saya ambil untuk sem pertama ni semua ada 7 termasuk unit beruniform. ( FAR, MGT, ECO, MAT, CTU, ELC). Kat UiTM, unit beruniform yang paling famous ialah Kesatria Negara. Nak tahu kenapa? Sebab nanti awak-2 masuk sem 2, awak-2 boleh tukar kelab lain. So, no need to kawad. Kawad untuk sem satu je. Lain laa bagi unit beruniform yang lain spt JPAM( Jabatan Pertahanan Awam Malaysia), Brass Band, dan BSMM ( Bulan Sabit Merah Malaysia). 3 unit beruniform ni, anda perlu carry untuk 3 sem berturut-2. Saya pilih JPAM a.k.a SISPA(Siswa Siswi Pertahanan Awam) di UiTM. Kelab dan persatuan pula banyak. Saya masuk MRA dan GPMS. MRA tu kelab rekreasi, meanwhile GPMS tu stands for Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung. Tu antara kelab-kelab yang aktif di UiTM Machang. 

Then. Alhamdulillah. Kawan saya semua baik-baik, harapnya. Haha. Antaranya, kawan sebilik yang comel-comel ( Anis & Fatin ), kawan sekelas yang selalu cakap saya ni childish ( Masturah & Hamizah ), kawan-2 dari Terengganu yang comel ( Aimie & Faezah ), kawan yang paling poyo ( Siti ) dan kawan-kawan yang sekumpulan untuk modul KI ( Kemahiran Insaniah ) kawan-2 yang sekali untuk SISPA dan ramai lagi laa. Sampai kadang-2 orang tegur saya pun saya tak ingat. Hahaha. *ayat bajet retis* *nama-nama yang disebut tu kawan yang kamcing dan yang sokmo sekali bila pergi mana-2 contohnya pergi hadirkan diri untuk aktiviti yang dianjurkan oleh UiTM.


Faezah and me
Masturah and me
                           
Me & Fatin
Amalin & Fatin

Siti & Fatin


Fatin & Me

Masturah & Me


Anis & Me

Aimie & Me




Hamizah & Me
Hamizah & Me

Me & Fatin
Siti

Fatin & Me

Amalin & Me
Fatin & Me

Me --'
Masturah, Amalin, Aimie, Siti, Fatin & Faezah 
" Semoga Persahabatan yang terjalin akan kekal hingga jannah, Amin "