Life in UiTM Machang

Long time no write in my blog. Huh ! Memandangkan sekarang saya bergelar mahasiswi di UiTM, masa untuk melepak dan meluahkan perasaan dalam blog sekian pudar. Hari yang dirasakan selalu berdebar-debar menantikan assignments dari lecturers sekalian. Semua orang cakap hidup di Universiti is like an heaven ! Erghh,, pandangan dan pendapat mereka itu sama sekali tidak betul. Apatah lagi budak matrik diluar sana yang selalu mensalah tafsirkan situasi kami. Ya saya mengaku, masa mereka lebih padat daripada kami jika dibandingkan waktu pembelajaran mereka. Yelah, jadual mereka sebijik boleh dikatakan jadual masa di alam persekolahan dulu. Tak macam di universiti, jadual dalam sehari kemungkinan hanya 2 jam yang paling minima dan seterusnya. 

Okay. Pejam celik makan tidur solat semua, dah satu sem berjaya ditamatkan. Baru satu sem. Ada lagi belambak sem yang menanti. Cakap pasal result, budak kelas aku majoriti dekan. But me? I am not in dean list ! Sad right? Memang menduka citakan. Memang ramai orang cakap result aku tu okay je sebenarnya. Tapi for me, result tu make me feel very sad sad sad ! No one can understand what I feel. Yela, hanya 3.0 something ! Nak jugak merasa 3.5 and above. Mungkin disebabkan situasi yang sangat rileks waktu sem satu hari tu lah kot yang menyumbang kepada result yang tak seberapa tu. Tak boleh nak salahkan orang lain jugak, sebab memang aku rasa hidup aku masa sem satu hari tu sangat rileks. Waktu ada kelas aku belajar ah. Tapi bila dah takde kelas, bermaharaja lela aku rileks. Tidur laaa, makan laaa, tengok movie laa ! Nilah orang cakap, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian hambik kau result rendah plus repeat paper lagi. AKAUN ! Hahaha, membebel ummi abah aku kena repeat paper. Dahla tu memang subjek yang patut power untuk kos aku. Apa-apa pun, ada hikmah aku repeat paper tu. Maybe nak suruh mantapkan basic akaun aku. Yela, I have no basic from upper form. Tapi, bagi lecturers alasan ni tak boleh diguna pakai sebab ramai je budak no basic tak repeat paper walhal ramai juga yang repeat. Eh ! Acano tu? Paham paham sendiri laaa yee.. 

Bukan niat nak salahkan lecturer yang mengajar, tapi majority yang repeat akaun semuanya daripada kelas lecturer tersebut. Pape pun, aku dah ambil lecturer lain dah untuk subjek akaun. Sebab aku taknak pisang berbuah dua kali. Dah serik kena bebel dengan umi dan abah. Umi abah dah laa memang strict pasal belajar. No compromise. Maybe, orang yang tak kenal aku akan cakap, "Ceh, mengadalah Farah, result kau tu dah okay apa." "Eleh, tu pun beria nak menangis bagai" "Jangan nak meroyan laa, bersyukur jelah" Yes ! Itu pandangan mereka. Mereka yang tak rasa apa yang aku rasa. Masalahnya sekarang, bukan aku tak reti bersyukur or what, persoalannya, aku telah menghampakan harapan both my parents. Erghh, so stop pasal AKAUN !

Alhamdulillah aku dapat kolej untuk sem dua. Bagi pengetahuan anda semua, di UiTM kolej penempatan free untuk budak sem satu sahaja ! Aku ulang sekali lagi, FREE ! Hahaha, so macam mana untuk sem seterusnya? Sem sem seterusnya, jika kalian nak merasakan kehidupan free tersebut lagi, anda perlu merajinkan diri untuk hadirkan diri anda untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang ditetapkan. Setiap aktiviti yang disediakan majoriti disediakan kupon. Ada aktiviti yang berbayar. So, pandai-pandai laa anda korbankan duit dan masa untuk berjuang kumpul kupon tersebut. Pastu, kadang-kadang tak semestinya korang akan dapat kupon kalau korang pergi ke aktiviti tersebut. Korang kena berebut untuk dapatkan kupon tu. Bergantung pada situasi laa. Ada tu, sampai putus selipar sebab berebut kupon. Hahahaha. Kebiasaannya, bagi pelajar lelaki, 10 kupon pun memadai. Sebab diorang senang dapat kolej. Pastu, bagi mahasiswi pulak 25 and above. Btw, mengikut sem laa.. Kalau sem satu dia tak kira sangat lagi. Makin meningkat sem, makin susah nak kumpul kupon tersebut. So, dipendekkan cerita, kupon tu korang akan hantar setiap kali berakhirnya semester anda. Kupon i tak lebih 20 pun hari  tu. Tapi Alhamdulillah dapat kolej.

Conclusion disini, budak UiTM bukan nyaa melepak 24 jam macam yang anda fikirkan. Hidup kami dipenuhi assignments, test dan quiz mengejut sama macam budak universiti lain. Anda juga dinasihatkan jangan bersenang lenang walaupun anda cuma berada di sem satu dan cubakan target untuk dapat dekan. Sebab saya sudah merasai kekecewaan tersebut dimana semua rakan-rakan anda dapat dekan, tapi anda hampeh macam sampah duk senyap malu dek diorang. Pastu mulalah buat drama air mata dalam toilet ataupun bawah bantal atas katil. MALU k MALU ! Saya ulang lagi sekali, MALU !!!
Hahahaha, apa pun. Sampai sini jelah dulu penulisan pendek dari saya. Eh, kejap saya, kejap aku -.- Inilah bila emosi tak stabil. Apa pun, selamat maju jaya dalam kehidupan anda. Hewhewhew.. Sebenarnya stress dengan assignments belambak, so take five mengarang dan menggeledah blog ni. K, selamat malam. Waalaikummussalam =)