CINTA ?


Assalamualaikum. Sudah sekian lama tak mencurahkan perasaan dalam blog ni. Okay. Berbalik kepada topik asal kita, CINTA? Ada apa dengan cinta? Sebagai seorang manusia dengan iman yang tidak seberapa ini, aku sudah banyak kali terlibat dengan "cinta" kononnya. First time aku terjebak soal hati dan perasaan ni bila aku berumur 12 tahun. Exactly masa umur 10 tahun lah kot. Sebab seawal usia tu aku dah mula ada perasaan pada seseorang. Perasaan yang berlandaskan kerana rupa dia kot. Sebab dia tu macam handsome je. Yela, dia antara budak lelaki yang digilai ramai di sekolah rendah aku tu. Dijadikan cerita, aku pendam je perasaan aku. Masa umur 12 tahun, abah aku bagi aku telefon bimbit. Bila dah ada alat teknologi ni, mulalah aku terjebak dengan gejala tidak sihat. Berpesanan ringkas bermula. Yang budak laki ak minat tu pun mulalah masuk line. Pastu, unfortunately, aku ni tak bernasib baik laa kan, aku dipermainkan. After that, aku dah mula start ignore budak laki. Aku jadi meluat. Aku menyampah. Aku anggap mereka exclude my family member semuanya penipu, penjahat dan banyak lagi. Aku mula membenci kaum adam. Aku memang tak pandang dah diorang. 

Because that incident, aku start mainkan perasaan lelaki. Aku terima je sesiapa yang nak "couple" dan selepas aku terima, aku akan abaikan mereka semua dan banyak lagi. Sampai lah aku berumur 15 tahun. Aku mula kenal sorang budak laki ni. Dia satu sekolah dengan sepupu aku., sekelas dengan sepupu aku. And then, entah macam mana sepupu aku kenalkan aku dengan dia. Mula-mula berpesanan ringkas je. Pastu mulalah jumpa. Tapi aku ni pemalu orangnya, jarak lebih kurang berapa meter tah aku duduk. Biasa kalau jumpa, aku ajak sepupu aku sekali. Well,, mereka kan sekelas. So, lastly diorang berdua yang berborak. Aku buat muka blurrr je jauh dari mereka berdua. Pastu aku dengan budak laki ni biasa lepak kat CC la. Dia online komputer sebelah, aku online komputer yang sebelah. Yang pasti berjarak dan aku tak pernah pun sentuh lelaki yang bukan mahram. 

Tetapi, seperti yang orang tua selalu kata., cinta monyet takkan bertahan lama. So, hubungan aku dengan dia tak bertahan lama. Dari form two sampai form 5 je. Semuanya kerana dia yang main kayu tiga. Sebab bila aku dapat tawaran ke SBPI masa form4, kami dah jarang bersua muka, dan dia mula beralih hati. Mungkin sebab tak boleh memenuhi hasrat dia yang suka sangat berjumpa kot. So, dia pun carilah girl lain yang dapat memenuhi kehendak dia. Hurm.. Biarkan lah, cerita lama. Tak perlu dikenang. Apa yang aku nak marah sangat dengan dia, dia tak bagitahu aku pun yang dia dah ada someone else. So, aku macam orang bodoh setia bagai nak mati dengan dia. Tapi dia? Dia bahagia dengan perempuan lain. Apa-apa pun, ada hikmah semua ni berlaku. Aku dan dia dah tidak berhubung selepas aku dapat tahu cerita sebenar tentang dia dari kawannya. Akhirnya aku tamatkan SPM aku. 

Dalam masa menunggu keputusan peperiksaan. Ditakdirkan aku mengenali seseorang melali laman sesawang. Ataupun dengan lebih tepat lagi laman MUKA BUKU yang terkenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Yelah, macam budak-budak remaja lain, aku juga mempunyai akaun muka buku aku sendiri. Selepas tamatnya SPM, aku memang 24 jam jugak laaa menghadap muka buku. Siang malam. Dan ditakdirkan aku mengenali "dia". Mohamad Fahmi Ahmad Hairul Nuar. Aku kenal dia melalui laman muka buku. Aku pun tidak ingat bagaimana dia boleh tersenarai dalam senarai rakan aku. Apa yang aku tahu, masa bulan Disember 2012, aku pernah minta izin nak share dia punya status berkaitan dengan lesen kereta rasanya. Sebab masa tu kebanyakan daripada kami iaitu lepasan SPM 2012, sedang sibuk dengan menyempurnakan lesen kereta kami. So, itulah satu-satunya apa yang aku ingat macam mana aku boleh tegur dia. Selepas pada tu, kalau tak salah aku, dia mula mengaktifkan diri "like" status aku. Aku yang baru lepas patah hati ditinggalkan tak layan sangat dia. Sebab hati aku dah beku dengan lelaki. Aku sekali lagi mula membenci kaum adam selepas aku dicurangi tanpa kata. Apa-apa pun, entah macam mana, hati aku terusik nak lebih mengenali dia. 


Dan ditakdirkan kami mula menjadi kawan. Mungkin. Kami saling meninggalkan komen di status masing-masing. Dan lama kelamaan kami jadi baik hanya melalui muka buku ! Bila semua ni berlaku, mulalah ada perasaan suka pada dia. Aku tak pernah bagitahu dia, aku pendam je dulu. Tanpa dipinta, rasa rindu tu hadir bila dia tak online. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi, ego aku tinggi, aku malu. Aku malu nak luahkan. Tambahan, aku takut. Aku takut untuk terjebak dengan cinta monyet ini lagi. Ditakdirkan, aku tidak bertepuk sebelah tangan. Aku dapat rasa, dia rasa apa yang aku rasa. Dia pun ada perasaan yang sama. Tapi aku ego, aku buat tak tahu je. Setelah sebulan atau maybe dua bulan atau tiga bulan kot, aku terdetik hati nak stalk muka buku dia. For the first time, aku tengok gambar-gambar dia. Selama ni aku tak buka pun profil dia, cuma tengok default picture kartun dia yang merepek tu. Hahaha. Boleh dikatakan disini, aku bukan suka dia sebab rupa. Sebab sebelum tengok gambar dia yang sebenar, aku dah jatuh hati pada dia sebenarnya. Tidak lama kemudian, entah macam mana dapat nombor dia. Haha, tiba-tiba orang tu hantar "chat" kat kita. Hantar nombor dia. Mamat perasan betul Fahmi. Hahaha

Selepas itu, keputusan SPM keluar. Ditakdirkan, result kami sama. Walaupun tak dapat nak dibanggakan sangat, bersyukurlah. Sebab aku memang banyak main pun., sebab tu result rendah. Lepas pada itu, kami 
pun mula berkongsi cerita. Dia bercerita, aku bercerita. Aku bercerita, dia juga bercerita. Dia dapat tawaran ke kolej matrikulasi dan juga ke UiTM. Aku pun sama. Dia decide nak pergi matrik (KMPk), ambil kos akaun. Aku pergi ke UiTM dengan kos yang sama. Bila dia dah ada di sana, aku ingat kami akan lost contact. Tapi tak. Kami tetap berhubung. Makin lama makin akrab. Perasaan sayang tiba-tiba hadir. Tapi aku tak pernah luahkan dengan kata-kata. Hanya pesanan ringkas yang megiringi perasaan tersebut. Semuanya kerana aku tidak bersedia. Tidak sedia untuk terjebak dengan perasaan yang lebih advance lagi. Alhamdulillah, dia takde cakap apa. Walaupun aku tahu, dia terasa hati. Maaf wak.. And then, macam-macam lah kami lalui walaupun tak pernah declare apa-apa. Dia cuma cakap, dia anggap aku macam tunang. "Betul kah? Ataupun dia saja nak perangkap aku." Semua tu berlegar-legar berkejaran dalam pemikiran aku yang sudah pernah merasai sakitnya didustai. Aku tak ambil serius pun dengan apa yang dia cakap masa tu. Aku cuma sedarkan diri aku berulang-ulang kali agar lebih berhati-hati dengan individu yang bergelar lelaki apatah lagi soal hati dan perasaan. 


Ditakdirkan dia tak dapat nak follow pembelajaran di matrikulasi, dia pun dapat temuduga SPA yang dimohon. Alhamdulillah lulus temuduga, dan pada bulan Januari 2014, dia dah ada di KSKB JB. Jadi Medical Assistant lah nanti ye. Hahaha.. Alhamdulillah, sekarang ( 30/1/2014 ) hubungan yang tidak pernah dirancang melalui muka buku masih lagi bertahan, walaupun hubungan ini masih berumur setengah jagung. Apa yang penting ialah kepercayaan. I believe in you. I hope you too. I love you and In Shaa Allah will love you to the end of my life. Fahmi, jangan pernah kau ragukan ketulusan hati ini. Cewwah ayat takleh blah -.- Apapun, saya nak awak tahu, saya selalu doakan hubungan kita. In Shaa Allah kalau jodoh kita ada, suatu hari nanti kita akan bersua. Bersabarlah wahai bakal suamiku, sama-samalah kita jaga hati, jaga mata, jaga iman. Moga cinta muka buku ini dapat dijadikan cerita untuk anak-anak nanti. *ANGAN-ANGAN MAT JENIN* Hahahahaha. K lah.. Malas dah nak menaip sebenarnya, so sampai sini jelah. Sesungguhnya, perancangan Allah ada hikmah disebaliknya. K, wassalam.