Cuti Semester 2




Yeayyy !! Cuti semester sudah 2 minggu berlalu bersamaan 15 hari. Sepanjang dua minggu ni macam-macam sudah berlaku. Such a tough 2 weeks I have been through. Nak cerita pasal cuti semester lah kan, sebenarnya aku ada perancangan awal nak buat apa masa cuti ni. Tapi, semuanya tergendala. Perancangan utama ialah nak cari kerja. Yess ! Aku nak merasa pengalaman bekerja. Tapi, umi abah tak izinkan. Apalah nasib badan.

Sekarang aku cuma ambil upah dengan umi buat kerja dia. Umi kerja cikgu, dia minta tolong aku buat dia punya perancangan mengajar, soalan peperiksaan dsb. Aku bosan sebenarnye duduk dalam rumah. Menghadap laptop. Aku nak cara hidup yang lain. Aku nak bergaul dengan orang diluar, bukannye duduk rumah menaip. Maybe disebabkan umi abah masih tak boleh percayakan aku untuk hidup berdikari kot alkmaklumlaa, anak perempuan sorang memang terkongkong.

Sepanjang dua minggu ni, banyak yang terjadi pada aku dan keluarga. Tapi In Shaa Allah, semua ni akan baik balik. Hanya mampu berdoa pada Allah jelah. Susah bila ada manusia yang berhati busuk pada keluarga kita ni kan. Sabar jelah terima segala ujian yang diberi. Sepanjang dua minggu ni aku ada bawa kereta setelah sekian lama. Agak eksited juga laa sebab dah lama sangat tak pegang setereng kereta. Macam di awan awangan je bila bawa kereta setelah sekian lama. Hahaha

Sepanjang dua minggu cuti ni jugaklaa banyak dugaan antara saya dengan boroi a.k.a Mohamad Fahmi Bin Ahmad Hairul Nuar. Kan boroi kan? Hehehe, biasalah, hubungan mana je yang takde dugaan. Apa pun, saya percayakan awak bakal suami saya ni.

Okaylaa, satu lagi nak bagitahu.. Ada nampak apa-apa yang lain tak dengan blog ni? Yes ! Semestinya, hehe.. Dulu berwarna pink, sekarang dah bertukar angin nak berwajah biru. Apa pun, semoga bertemu lagi di lain penulisan. Hargai setiap detik cuti anda dengan sebaiknya. Sebab bila dah masuk sem baru, banyak lagi cabaran baru dengan subjek baru untuk ditempuh ! Good luck buat semua rakan seperjuanganku. Wallahuallam. Wassalam <3 center="">

Semua Sama :)


Saya pernah kata, semua sama je. I admit yang saya salah. Saya dah minta maaf. Terserah pada awak lah nak macam mana lepas ni. Hati saya dah kosong. Saya tak tahu kenapa, hati saya keras nak rendahkan ego saya selepas saya ditinggal macam orang bodoh dulu. Ye, bukan awak yang buat macam tu untuk saya dan saya tahu tidak adil untuk saya menghukum awak kerana salah orang lain, tapi perasaan takut dan berwaspada saya lebih menguasai saya. I am sorry. Takpelah. Saya terima semua keputusan awak. Awak nak berhenti sampai sini, saya terima. Walaupun sakit hati ni macam kena tusuk benda tajam, saya terima. Salah saya. Salah saya kan. Salah saya sebab tak berterus terang semua benda pada awak. Wak, kalau awak nak tahu, hati saya ni lagi sakit dari awak. Tapi saya tak suka bagitahu kelemahan saya. Saya taknak nampak lemah lagi. Saya taknak awak anggap saya mudah dipermainkan. Saya takut perkara sama berulang. Tapi sekarang saya dah tak kisah. Saya dah betul-betul kosong. Saya tak pandai pujuk awak. Maaflah selalu buat awak rasa awak bertepuk sebelah tangan selama ni. Tapi saya nak awak tahu, awak tak pernah bertepuk sebelah tangan. Saya sayang awak Mohamad Fahmi Ahmad Hairul Nuar. Takpelah semua tu dah tak penting pun. Awak teruskanlaa hidup awak. Life must go on right? Saya tak ganggu awak dah. Itu yang awak nak kan? 

Dulu lagi saya dah kata, semua ni takkan bertahan lama. Saya selalu ingatkan diri saya. Saya perlu bangun dari mimpi bahagia sementara. Cinta sejati tak pernah ada. Yang ada cinta yang wujud dengan kata-kata bohongan semata-mata. Lelaki. Huh ! Semua sama sahaja. Semua pandai cakap. Hahaha ! Saya tak mudah cair dengan kata-kata awak sebab saya dah tahu semua ni lakonan. Lakonan kan wak? Arghhhh dah laa. Saya dah penat.