Alhamdulillah Result Sem 2


Assalamualaikum.. Alhamdulillah untuk result sem dua. 9/5/14. Tepat jam detik 00:00 try laaa bukak email nak tengok result. Hampeh. Tak dapat lagi. Pastu ada laaa sekumpulan budak-budak di Twitter yang buat cerita yang result ditunda keesokannya. Haish, budak-budak memang saja nak kasi kami yang tunggu result ni kecut perut agaknye. Pastu sabar jelah, sambil-sambil meroyan dalam Twitter tuh. Yelaa, berdebar nak tunggu result.. Huahua.. Pastu satu jam berlalu duk refresh inbox dalam email. Tapi, tak dapat. Ada lagi khabar angin kat Twitter kata, sape yang dapat result awal, maknanye result tinggi, yang low akan dapat lambat. Haishh,, lagi laaa runsing aku ni hah. Yang aku mampu doa jelah time tu. Kalau dapat teruk pun, tolong sangat jangan bawah 3.0 , kalau tak, mati aku nak hadapi cuti yang berbaki sebulan lagi. Yela, mana aku nak letak muka dengan umi abah? Lagi laa diorang pikir lain dengan aku kalau result teruk. " Anak aku ni pergi belajar ke? Ke pergi dating dengan laki? " Mesti diorang fikir bukan-bukan. Tapi aku yakin, umi abah tak macam tu,, diorang kenal aku. Aku takkan sanggup buat umi abah aku macam tu. Aku masih ada harga diri dan aku masih tahu nak jaga maruah umi abah. Aku ingat, kemana aku pergi, aku bukan sahaja kena jaga maruah aku, tapi aku memikul maruah umi dan abah serta keluarga sekali.

Tapi yang aku pelik, kenapa ramai remaja sekarang tak fikir mak abah diorang sebelum buat apa-apa? Hancurkan kepercayaan mak bapa diorang. Pergi U bukan nak belajar, tapi nak enjoy? Aku pelik dengan sikap dan pemikiran manusia sekarang. Entahlaaa. Aku hanya mampu gelengkan kepala je bila terserempak pasangan yang berdua-duaan. Nauzubillah, harap aku tak terjerumus dalam benda-benda tu semua.

Okay, berbalik pada hari keluar result, aku try laa lelapkan diri lepas dah fedup dengan result yang tak keluar lagi. Tapi, mata ni hah takleh pejam. Hati aku tak tenang selagi tak keluar result. Walaupun aku rasa aku dapat jawab masa exam haritu, tapi entahlaaa... Haish., aku takleh yakin sangat. Tambahan aku hanya berharap semua subjek lulus je. Tak terfikir dan tak terlintas langsung dihati nak dapat dekan. Aku cuma tak mahu ada yang repeat lagi daaa.. Akaun, dahlaa subjek teras untuk kos akaun. Ade ke patut, aku failed subjek tu dulu? Ada hikmah disebalik tuu... Aku terima. Aku bersangka baik dengan apa yang aku dapat, walaupun dua tiga hari jugak meratapi result sem satu hari tu T_T Aku tebus kegagalan aku dulu masa sem 2. Aku dah faham basic yang mana patut. Dan, walaupun tak dapat A solid atau A plus, dapat A minus pun takpelaa. Daripada dapat E dulu. Alhamdulillah !

Pukul 2 pagi , aku tutup laptop sebab bateri dah low. Pastu pergi ruang tamu tengok cerita. Sambil-2 tu, online guna fon bukak gmail. Duk refresh page tu jelaa berpuluh kali. Haha.. Pastu, dan-2 baru nak fedup aku try refresh lagi sekali, ehhh !! Dah masuk laa.. Berdebar laa pulak nak bukak email =/ Tadi beria nak tahu, berdebar pulok. Pastu gagahkan hati, dah tawakkal dah, result ape pun yang dapat, usaha aku banyak tuu, banyak tuu laa yang aku dapat. Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Syukur pada Allah bila aku tengok "dean list". Allah Maha Besar, kegagalan di Sem 1 mengajar aku banyak benda. Usaha aku tingkatkan walaupun masih banyak masa yang dihabiskan untuk tidur.. Sem tiga kena lagi banyak gandakan usaha, study smart, not study hard ! Sem tiga, In Shaa Allah, aku niat nak dekan lagi. 

Awak semua tolong doakan ye. Ape pun, terima kasih sangat kepada yang mendoakan aku. Aku takkan dapat semua tu tanpa doa semua. Thanks buat umi abah yang selalu ada, family dan tak lupa buat bakal suami. Hewhew.. Terima kasih.. Okaylaa,, tu jelah kot luahan hati malam ni. Kesimpulannya, jangan berputus asa dengan ujian yang melanda., tapi kita perlu maju ke depan. Jangan bongkak dengan ilmu. Kalau kawan tanya, kita kongsi apa yang kita faham. Itu yang aku amal. Sebab aku belajar daripada seseorang, dia pandai sebab dia tak pernah kedekut ilmu yang dia ada. Okaylaa, sampaisini je. Got to go !  Assalamualaikum =')

Result Sem 2 Diploma In Accountancy



Bismillahirrahmanirrahim. 

Dup dap, dup dap, dup dap.. Takutnye laaa nak hadapi hari esok ! Pejam celik pejam celik, esok dah keluar result !! MasyaAllah =( I am not ready yet to face my result. Apa yang mampu aku harapkan sangat-sangat, janganlaaa ada paper repeat.. Ya Allah, jauhkanlaaa hambaMu ni dari repeat paper. Sungguh aku taknak dah lalui hari-hari macam sem lepas. Doakanlah daku supaya tak repeat paper dan doakan untuk kecemerlangan resulltku.. Huhu T_T 

Mula-mula macam ni,, sebenarnya tak ambil tahu pun pasal result keluar bila. Ingatkan lambat lagi.. Pastu adalah kawan sebilik kalut pasal result dalam WeChat. Ingatkan tipu, sebab tak tahu lagi kesahihannya. Lebihkurang macam dibawah laa ape yang dia post. Ni diambil di laman web UiTM Student Portal di bahagian kalendar akademik. Boleh pergi ke link ni Academic Calendars pastu pilih laa anda di kumpulan mana. Kumpulan A untuk diploma's student rasanya. Kumpulan B untuk degree's students kalau tak silap laa.. Ni hasil saya bukak tadi... Tengok tuuuuu,, yang dalam box warna merah.. Sob sob,, result 09 Mei 2014 ! Memang tak boleh disangkal lagi. Huaaaa T_T . Pastu cuba tengok dalam box warna biru,, oh my oh my,, cuti dah nak habis dah !! Sebulan dah cutiku berlalu, I only have my another one month !! Seram nak masuk sem tiga.,, seram lagi nak hadapi result esok !

Okay,, nak sahihkan lagi esok keluar result, tengok laa Home di UiTM Student Portal. Tak caye, nah tengok! Dua hari lepas takde pun lagi. Hurmm. Tadi bukak, dah ada dah !!


Huaaaaaa !!!! Taknak dapat result lagi... Kalau result tak berapa okay, macam manalaaaa nak hadapi cuti yang berbaki sebulan lagi T_T . Terpaksa mendaha bebelan dari umi dan abah laaa jawabnye.. Kalau result okay, alhamdulillah.. Akan tenanglaa cuti-cutiku.. Ya Allah,, perelokkanlah keputusan peperiksaan akhir Farah Hakimah bt Che Razman. Amin..

Okaylaaa.. Alang-alang dah usha perkuliahan sem lepas, terdetik laa nak usha perkuliahan sem depan. Ni hah jadual perkuliahan sem depan, 2014/2015 yeee..

Okaylaa,, sampai sini jelah yee. Nak buat kerja. Sepanjang cuti ni, umi upah buat kerja. Sebab dia tak bagi saya kerja kat luar, dia suruh buat kerja sekolah dia.. Periksa apa yang patut, hehe.. Ape pun, jangan lupa doakan keputusan kami para mahasiswa yang akan menghadapi keputusan peperiksaan akhir esok ye !! Wassalam.