Cinta Pergi Lagi?

2012
Bulan Disember, aku mengenali dirimu. Mungkin kamu tidak ingat. Tapi semua perkara tentang kamu aku simpan didalam kotak memori hidupku. Aku pun tidak tahu mengapa. Dari kecil aku sangat mudah mengingati peristiwa yang berlaku didepan mataku. Begitu juga kamu. Mengenalimu merupakan saat-saat yang paling manis dalam hidupku. Berkenalan di muka buku ( facebook ) dan sampai sekarang masih lagi belum bersua muka. Aku tidak tahu bagaimana namamu ada terselit dalam senarai rakan facebok ku. Pada suatu hari, sepupuku sibuk menanyakan tentang lesen dan dikatakan lesen akan dibenarkan buat pada umur 21 tahun. Padahal itu cuma khabar angin semata. Dan aku dengan tidak sengaja terlihat status yang diupdate dari kamu yang menyatakan semua itu khabar angin budak-budak semata dan aku meminta izin untuk share status itu.
2013
Start daripada aku share status mu di facebook, kamu mula menegurku. Gambar-gambar yang ku update, pasti ada sahaja komen yang kamu tinggalkan. Selama beberapa bulan mengenali mu tanpa melihat wajah sebenar, hati perempuan aku terusik. Dalam diam aku jatuh hati. Tapi aku menidakkan. Kerana pada masa itu, kamu agak rapat dengan HAKAK. Hakak juga macam menaruh hati padamu. Selalu memujimu bila kami berchatting. Ye, mungkin kamu tidak tahu pasal cerita ini kerana aku tidak mahu ceritakan padamu sebab aku tidak suka memuji orang. Bulan demi bulan aku makin rapat denganmu. Dan aku ada update status pasal apa entah aku sudah lupa. Tapi memang benar, status itu aku tuju padamu. Dan aku tidak menyangka kamu tinggalkan nombor telefonmu diruang chatting. Aku teruja. Yelah. Dah lama aku menaruh hati padamu dan aku masih menidakkan lagi perasaan itu kerana kenangan pahit yang pernah aku lalui. Dan kita menjadi lebih rapat. Pada bulan 2 atau bulan 3 tahun 2013, kau bekerja part time sementara menunggu result spm. Kalaulah kamu tahu, bahawa aku bersengkang mata hanya menunggumu pulang dari kerja pukul 2 3 4 pagi. Hanya menunggu kamu hantarkan chat padaku. Barulah aku dapat tidur dengan senyuman. Sebab hati aku mula rindu bila kamu pergi kerja. Tapi aku menidakkan perasaan yang hadir dan hanya menganggap hubungan ini hanya sekadar kawan dan tak akan lebih dari itu. Kamu juga selalu tinggalkan komen "jom kawen" yelah bagimu hanya sekadar gurauan. Tapi aku? Hati aku?  Kamu tidak faham. Lelaki memang anggap perkara itu simple, bagaimana dengan perasaan yang telah kamu usik? Aku sangkakan hanya pada aku seorang kau hantarkan komen sebegitu...tapi hati aku sakit bila tiba-tiba aku ternampak kamu juga berbuat demikian kepada perempuan lain di ruang komen dia. Terus hatiku diblock untuk mempercayai lelaki. Hati aku keras. Hati aku terdetik untuk menyetalk gambar-gambar kamu. Mahu tengok bagaiman rupa kamu. Tanpa melihat wajah kamu pun aku sudah jatuh hati pada kamu. Begitu senang hati perempuanku terusik. Begitu lemah iman aku waktu itu. Maafkan aku. Apabila aku melihat gambar-gambar mu. Aku terlihat gambar kamu bersama Hakak. Sedondon berpakaian baju melayu dan baju kurung berwarna pink. Lagilah hati aku sakit. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Walaupun semua itu berlaku. Aku tidak pernah bagitahu padamu. Kerana aku tidak mahu kamu tinggalkan aku. Biarlah aku dekat walaupun hanya sekadar berkawan. Tapi aku tidak menyangka lama kelamaan hubungan sekadar kawan itu berubah menjadi lebih daripada itu. Kamu juga ada perasaan padaku katanya kamu padaku. Aku bahagia. Tetapi itu cuma sementara apabila aku melihat blogmu yang kamu tulis pasal cinta "anggaplah semua kata-kata yang diucapkan itu sekadar gurauan". Sekali lagi hati kecil aku terguris. Tetapi aku diamkan. Aku simpan sampailah suatu hari aku luahkan jugak padamu tapi kamu kata semua tu tak benar. Baiklah. Aku percaya dan hubungan itu terjalin tanpa ada sebarang perasmian. Tanpa ada tarikh yang sebenarnya kita berpasangan.
Bulan Jun 2013
2.6.2013 Hari lahirmu dan pada hari itu jugalah aku mendaftarkan diri di UiTM Machang sebagai mahasiswa dalam Diploma Perakaunan dan pada bulan itu juga kamu mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi Perak sebagai student disitu. Hubungan kita rapat masa tu. Bak kata orang, orang baru bercinta semuanya indah belaka. Tapi apakan daya kamu tidak dapat meneruskan pengajian disitu kerana ada masalah tak dapat nak carry on subjek Matematik sebab kamu tak minat. Rezeki kamu pergi ke KSKB Johor Bharu.
2014
Bulan Januari kamu mendaftar ke KSKBJB. Sepanjang tahun tu banyak memori tercipta. Suka duka kita lalui. Gaduh-gaduh sayang tu memang ada. Kejap merajuk kejap pujuk tu biasa. Tapi aku tidak benarkan kamu panggil aku sayang. Cukuplah dengan saya dan awak. Sebab aku nak rasa nikmat dipanggil sayang apabila kita dah sah bergelar isteri. Biarlah kita tidak romantik atau sweet macam pasangan lain sebab aku nak rasa semua tu bila kita dah sah nanti. Maafkan aku juga kerana tidak mengucapkan kata-kata sayang padamu. Banyak salah faham berlaku. Banyak bertikam lidah daripada bermadah pujangga kerana aku tidak pandai menjaga hatimu. Hubungan ini seringkali aku rasa sudah ingin sampai ke penghujung. Tapi kamu tidak putus-putus memberikan kata-kata cinta. Hati aku terusik. Tapi egoku lebih besar kerana setiap kali aku ingin mengalunkan kata cinta padamu, setiap kali aku terimbas peristiwa lama dengan lelaki yang tinggalkan tanpa kata. Aku jadi benci untuk mengucapkan kata-kata cinta. Aku benci pada diri aku sebab kerana selalu mengucapkannya dahulu. Last-last aku ditinggalkan sepi tanpa kata. Bodohnya diriku. Kasihan padamu kerana dia yang dahulu.., aku jatuhkan hukuman pada kamu. Maafkan aku. Tetapi ketahuilah satu rahsia yang kini aku tidak mahu rahsiakan, apabila setiap kali kamu letakkan telefon, barulah aku akan katakan "I love you and I am sorry" Tapi apakan daya.. kau tidak akan mendengarnya. Maafkan aku kerana ego aku kamu terseksa
2015
Hubungan yang dulu manis sekarang kurasakan sepi. Tiada lagi kata-kata cinta yang romantik dari kamu. Mungkin kamu sudah penat denganku. Mungkin. Aku tidak salahkan kamu. Aku yang bersalah. 10/5/2015 setelah seminggu kita tidak otp, kau katakan ada perempuan minat padamu. Memuji kamu. Hati aku pedih. Sakit. Tapi aku berpura-pura kuat. Aku bengan dengan tiba-tiba. Aku salahkan kamu. Memang sejak dua tiga hari kebelakangan aku sudah merasakan sesuatu. Rasa macam ditipu apatah lagi dengan perbuatanmu yang makin lama makin menyepi. Aku tidak salahkan kamu. Aku yang bersalah kerana melayanmu acuh tidak acuh selama ini. Dan akal bodoh aku menerpa lalu mengatakan biarkanlah dia pergi dari kamu. Kalau masih teruskan tetapi dua-dua saling melukai, lebih baik putuskan sahaja. Biarlah perempuan lain mengetuk pintu hatinya kerana aku tidak layak menerima cinta dari kamu setelah aku memperlakukan kamu sebegitu. Maafkan aku. Dan aku berharap aku tidak akan mengganggu hidupmu lagi. Biarlah malam ini menjadi saksi air mataku mengalir. Maafkan aku kerana tidak dapat meluahkan rasa cinta yang ada kepadamu. Biarlah aku kuburkan saja perasaan ini dan berbakti kepada orang tuaku sepenuhnya. Sungguh aku tidak mahu lagi terlibat dengan cinta. Maaf.