TRIP TO PENANG [PART 1]



Assalamualaikum
Baru ada kesempatan nak upload gambar masa pergi trip sambil belajar subjek MKT243 last semester untuk diploma haritu. Sebenarnya bukan belajar sangat pun. Hahaha banyak pergi meronda je. 
Hari Pertama (3/3/2016)
Time ni memang bengang jugaklah sebab bas yang kami booked ada masalah. Dari pukul 12 janji. Dalam pukul 2 lebih macam tu bas baru sampai. Memang bengang jugaklah menunggu. Call orang tu call orang ni. Ade ke patut padahal dah siap buat surat apa dah dari pihak universiti.
Okay lanje gambor sambil menunggu ketibaan bas dulu.






Now, bila bas dah datang semua excited dah tak sabar nak berangkat sampaikan aku pun lupa snap gambar. haaha terus naik atas bas.

Semua excited dapat naik bas.

Tembamnya aku. MashaAllah. Hahaha



Dah naik bas jomlah membuta. Hahaha


Masa ni dah sampai dekat mana tah. Berhenti turun makan.
Dalam pukul 9.30 p.m. Dah dekat dengan destinasi penginapan dah.


Yeayyyy dah sampai. Lupa dah nama tempat kami menginap
 untuk 3 hari 2 malam tu. Apartment apa tah namanya.

Since kami sampai pun dah dalam pukul 10.45 p.m. Sampai tu terus naik check-in rumah. Ada 3 bilik. Dua bilik ada aircond. Bilik aku takde. So aku dengan gang tidur berjemaah depan TV dekat ruang tamu. Ada aircond. Hahahaha


Keesokan harinya. (4/3/2016)




Pagi2 lagi dah ambik port berOOTD dekat dinding bahagian ruang tamu rumah hahaha

Bersama Senur (nama glamour)
Swag lah kononnya. Tuihhh. Haha


Sambil2 tunggu bas datang

Silau sangat cahayanyaaaa... Bersama anis.

Dalam perjalanan p breakfast dekat Roti Telur Goyang.


Hahahahaha




Yeayyy dah sampai Penang Hill































Tibe2 menyibuk dua orang ni nak masuk gambar jugak


Okay cukuplah untuk harini dulu. Sebab gambar banyak sangat. Hahaha. Next time sambung PART 2 kalau ada kerajinan. Kbye





Result Exam BIA SEM3 & SEM4

Assalamualaikum

Sudah lama menyepikan diri. Almaklumlaa busy tambahan pula laptop meragam lembab nak mati sejak tahun lepas. Hajat dihati ingatkan nak pos pasal kehidupan bergelar mahasiswa degree di UiTM Puncak Alam.. Tapi kerajinan untuk menghadap laptop yang meragam itu tiada. So up to this time, aku sekarang ni tengah cuti sem. Sem depan masuklah sem 5. First sem untuk 3rd year degree in accounting. Biasanya, kalau korang pernah follow up blog aku, aku akan pos result exam for the past diploma. Okay, now ada kerajinan nak cerita pasal result exam untuk degree for semester 3 and 4 previously. 

For semester 3, aku agak terkejut dengan result yang aku dapat. Apapun bersyukur kehadrat Illahi. Waktu exam haritu, aku memang expect aku dapat failed untuk satu subjek ni iaitu subjek akaun (FAR510) since dia punya soalan..mashaAllah.. macam tak pernah jawab pattern soalan macam tu. Dengan banyak dugaannya untuk subjek tu sepanjang sem 3. Dugaan yang paling tak boleh lupa. Lecturer kami sempat ajar kami 2 bab je sebab dia ada masalah keluarga yang tak dapat dielakkan. Ayahnya masuk ke hospital dan tiada siapa nak tolong jagakan. Disebabkan itu, kami ditinggalkan sepi.. Hampir berapa minggu kami terabai. Dan ketua kelas mencari inisiatif melaporkan kepada pihak yang sepatutnya. Kami meminta kebenaran untuk menumpang kelas lecturer lain. Padat satu kelas. Sampaikan pelajar2 kelas asal lecturer tersebut muak sebab mengganggu konsentrasi mereka. Pastu kami minta izin lecturer satu lagi untuk memberikan masa lapangnya untuk mengajar kami untuk bab2 yang seterusnya. Tapi apakan daya, masa dah suntuk pada waktu tu. Cuma tinggal 2 minggu sebelum final exam. Dia cuma sempat ajarkan kami dengan menjawab past sem questions sahaja. Cuba bayangkan, kita tak belajar pun bab tu.. tiba2 dia suruh kita jawab soalan. Memang copy paste je jawapan yang dia tunjuk. 

Dan aku sepanjang seminggu masa yang diberikan sebelum paper final exam FAR510., aku cuma ulang buat past sem question je. Tu yang terkejut beruk bila soalan yang keluar pattern jauh gila dengan soalan yang pernah aku jawab. Soalan2 semester lepas kebanyakannya dalam bentuk pengiraan. Tapi, bila keluar soalan final, mashaAllah dia suruh terangkan accounting treatment. Terkejut hakak. Menggeleng2 kepala sambil menjawab soalan.

Okaylah.. sampai disitu sahaja untuk flashback. Bila hampir waktu keluar result, hakak terbaca status ditwitter yang menyatakan result exam boleh cek awal melalui aplikasi lumos. Akak cuba cek. Dupdap jugaklah takut ada repeat paper. Allah... terkejut ahkak tengok subjek FAR510. Pendapat ahkak mungkin grading turun kot. sebab soalan susah nak mati. Ahkak cuba tanya classmates yang lain, macam mana result mereka. Semua sedih dan pilu. Ada dapat C+ ada dapat B, dan seangkatan dengannya Pastu akak cuba tunggu waktu tarikh result sebenar keluar. Alhamdulillah..sama dengan apa yang aplikasi lumos paparkan seperti berikut :


Okay. Stop untuk sem 3. Bilaa naik sem 4, akak tak tahu lah kenapa akak kuat sangat tido. Badan cepat sangat penat. Belajar pun tak masuk sangat. Dosa bersepah mungkin. Akak paling tak suka subjek costing (MAF) sejak diploma lagi. Belajar tu best, tapi bila exam selalu kecewa sebab apa yang diharapkan selalu berbeza dengan apa yang ditarget. So sejak tu akak dah tak minat subjek MAF. Ikutlah MAF apa pun. Asalkan ada MAF didepan kod, mesti badan rasa serabut nak belajar. Huaa T_T Apa nak jadi. So bila naik sem 4.. Akak dah dup dap dup dap dah bila tahu ada subjek costing untuk sem ni. Sepanjang sem tu memang tak masuk pun belajar apa subjek MAF tu. Tambahan pula dengan subjek akaun yang akak pun semput nak kejar. Cuba bayangkan, lecturer kelas lain baru habis chapter 3, kelas kami dah habis semua chapter. Bayangkan lajunya lecturer kami mengajar. Kami sekelas memang tawakkal habis. Pastu tak termasuk dengan latihan yang kami jawab lagi. Jawapan berbeza dengan lecturer lain. Cuba bayangkan, kami sampai buntu sebab apa yang diajar kebanyakannya sangat berbeza dengan lecturer lain sampaikan dah fedup rasanya. 

So, final exam. Untuk subjek MAF551.. MashaAllah, bukak je soalan terus blank. Sekali lagi.. Soalan sangat berbeza dengan soalan past sem sebelum ni. Dugaan Allah. Sampaikan aku masa tengah menjawab paper tu sambil memikirkan nasib jika aku failed paper ni, adakah aku nak extend? Ataupun ambik subjek sekaligus banyak2? Memang itu yang bermain diminda sepanjang menjawab paper tu. Aku cakap soalan tu memang susah gila. Rasa diri ni terlampau bodoh. Rasa macam tak tahu apa aku belajar sepanjang sem 4 ni. Aku takleh lupa salah sorang classmates aku menangis weh bila pengawas kutip paper dia waktu habis tu. Menangis meratapi paper yang entah ape2.

Begitu juga untuk sujek FAR560. AllahuAkbar. Mengucap lagi sekali. Diotak aku memang berlegar2 berfikir adakah aku akan repeat 2 paper sem ni? Apa aku nak buat? Sumpah.. Waktu tu memang rasa nak quit terus. Rasa tidak berupaya lagi dipermainkan oleh soalan yang begitu berbeza bentuk soalan daripada sem2 sebelumnya. Memang banyak buat aku terkedu. Rasa insaf sekejap. Sampaikan hati tak tahu lagi nak merintih nasib. Bila kawan tanya boleh jawab ke tak, aku jawab lah tak boleh. Tapi sedihnya hati bila mereka hanya tertawa sinis bila aku cakap aku memang tak boleh jawab. 

Hari berganti hari, hari result keluar pun tiba. Waktu ni niat dihati memang taknak tengok pun resut. Tapi apakan daya, takut ada yang kena repeat, terpaksa jugak menguatkan hati untuk tengok result. Seperti yang dibayangkan memang result atas pagar. Tulah siapa suruh main2. 

Okayy, untuk subjek ELC650, subjek ni takde final exam, tapi memang aku cuak jugak sebab lecturer cakap yang dapat A, A-, A+ memang beberapa kerat je dalam kelas aku. Aku apa lagi? Dilemma teruk jugakla. Tapi nak buat macam mana, memang soft skills aku lemah. So subjek ni dinilai based on kita punya skills masa presentations dekat depan. Sepanjang sem memang kena bercakap didepan jelah. Aku darah gemuruh. Memang pucat lah bila duduk didepan. Lecturer aku pernah berseloroh "Kalau saya potong salur darah awak, saya rasa takde darah setitik pun ni" Memang pucat lesi. Hahaha. So itu jelah mampu dapat untuk sem 4. 



Angan2 untuk dapan ANC sudah terkubur. Takpelah, takde rezeki. Kelas pertama masih ada harapan. Doa-doakan. K, stop sampai sini dulu. 





7 Oktober 2016


Hello gaisss.. Hahaha ☺

Alang-alang tak tahu nak buat apa since duduk sorang dalam bilik ni kan.. Mehla nak throwback sikit pasal kejadian yang berlaku pada 7/10/2016 tempoh lalu.. Huhu skema nya ayat.. Kalau ada yang kenal aku lah kan, atau ada terbaca post aku sebelum ni pasal mamat sorang yang ada aku kenal dalam facebook tahun 2013. SO nak dijadikan cerita, 2013 dalam bulan 1 atau 2 macam tu kot, adelah kitorang usik mengusik dekat facebook duk saling berkomen dekat status masing2. Last2 sangkut. Lol. So, terjadi lah perasaan yang tak patut ada antara kami. Kehkeh. So, hubungan dalam talian jelah selama beberapa tahun. Dari facebook pastu mintak wechat. Dari wechat sambung whatsapp and so on dan berlarutan lah hubungan dalam talian tu sampai tahun lepas. Aku dapat sambung belajar dekat UiTM Palam. Entah macam mana tah, mamat tu gigih nok datang PALAM nak jumpa katanya. HAHAHAHA. Sampai bila nak hubungan dalam handphone je -..- Aku beria xnak jumpa sebab malu. Wakaka. Yelah, tengok DP Facebook upload yang lawa-lawa je. Jumpa depan2 lain dari expectation. 

So nak dijadikan cerita, 7/10/2016 tu, datanglah seorang manusia tu dekat sini (PALAM). Dalam hati yang serba salah, serba tak kena, aku gagahkan kaki pergi jumpa dia. So kitorang pergi SCM (Setia City Mall) since tu je tempat yang paling dekat nak enjoy tengok wayang, nak window shopping ke jalan-jalan ke pusing2 dalam aircond. Lol. Hahaha. Memang awkward gila rasa. Yelah first time jumpa hampir dekat 3 tahun duk kenal dalam handphone, tibe2 ada depan mata...rasa macam duk dalam mimpi. Wakaka. Pagi tu dia datang ambik aku dekat PALAM and then terus gerak g SCM. Wakaka sesat ! Ikut waze puya pasal, jalan yang waze tunjuk tu sedang dibaiki. Pastu cari jalan alternatif lain, lama gila nak sampai SCM. Sejam makan langsat jelah sesat. Wakaka... Bila dah sampai tu, ada orang lapor. Pastu p lah makan dekat KFC dalam SCM tu. Pastu duk jalan2 cari wayang. Wayang pukul 3.50 baru start tengok cerita Juvana 3. Alang2 sambil2 tunggu wayang, orang tu ajak g karoke -,-  Lepas dah karok baru masuk wayang.. so dah habis tengok cerita baliklahhh.. Wakaka. K, nanti sambung g taman botani pulak :P

Kat bawah lanje gambor, sambil-sambil untuk simpanan masa depan. Lol


Konon2 malu lettuw nak bergambar. Hahaha

Makan kepci je tahu. Dasar boroi. Hewhew

Muka aku nape tah, macam mintak lempang. Muka ngantok. Haha

Lepas habis solat jumaat. Selpie sokmo.
Suka ngat selpi, lelaki tulen ke idok? Haha

Sengeh..

Entah, kita tak ready pun dia snap jugok. Sabor jelah

Dia cakap lawo em background belakang ni. Awok taknak ambik gambor ke.
 Aku cakaple xnok, awok nak ambik ke? Mehla saya tolong ambikkan.
Haha bila dah ambik, hitam legam je awok. Lighting tak kena. Hahaha

Merajuk time nak masuk ke panggung wayang. Jalan laju2 sorang2 -..-

Dah sampai depan kolej dah. Sempat lagi berselpie.

Okay2, last. Jom balik. Bye !