7 Oktober 2016


Hello gaisss.. Hahaha ☺

Alang-alang tak tahu nak buat apa since duduk sorang dalam bilik ni kan.. Mehla nak throwback sikit pasal kejadian yang berlaku pada 7/10/2016 tempoh lalu.. Huhu skema nya ayat.. Kalau ada yang kenal aku lah kan, atau ada terbaca post aku sebelum ni pasal mamat sorang yang ada aku kenal dalam facebook tahun 2013. SO nak dijadikan cerita, 2013 dalam bulan 1 atau 2 macam tu kot, adelah kitorang usik mengusik dekat facebook duk saling berkomen dekat status masing2. Last2 sangkut. Lol. So, terjadi lah perasaan yang tak patut ada antara kami. Kehkeh. So, hubungan dalam talian jelah selama beberapa tahun. Dari facebook pastu mintak wechat. Dari wechat sambung whatsapp and so on dan berlarutan lah hubungan dalam talian tu sampai tahun lepas. Aku dapat sambung belajar dekat UiTM Palam. Entah macam mana tah, mamat tu gigih nok datang PALAM nak jumpa katanya. HAHAHAHA. Sampai bila nak hubungan dalam handphone je -..- Aku beria xnak jumpa sebab malu. Wakaka. Yelah, tengok DP Facebook upload yang lawa-lawa je. Jumpa depan2 lain dari expectation. 

So nak dijadikan cerita, 7/10/2016 tu, datanglah seorang manusia tu dekat sini (PALAM). Dalam hati yang serba salah, serba tak kena, aku gagahkan kaki pergi jumpa dia. So kitorang pergi SCM (Setia City Mall) since tu je tempat yang paling dekat nak enjoy tengok wayang, nak window shopping ke jalan-jalan ke pusing2 dalam aircond. Lol. Hahaha. Memang awkward gila rasa. Yelah first time jumpa hampir dekat 3 tahun duk kenal dalam handphone, tibe2 ada depan mata...rasa macam duk dalam mimpi. Wakaka. Pagi tu dia datang ambik aku dekat PALAM and then terus gerak g SCM. Wakaka sesat ! Ikut waze puya pasal, jalan yang waze tunjuk tu sedang dibaiki. Pastu cari jalan alternatif lain, lama gila nak sampai SCM. Sejam makan langsat jelah sesat. Wakaka... Bila dah sampai tu, ada orang lapor. Pastu p lah makan dekat KFC dalam SCM tu. Pastu duk jalan2 cari wayang. Wayang pukul 3.50 baru start tengok cerita Juvana 3. Alang2 sambil2 tunggu wayang, orang tu ajak g karoke -,-  Lepas dah karok baru masuk wayang.. so dah habis tengok cerita baliklahhh.. Wakaka. K, nanti sambung g taman botani pulak :P

Kat bawah lanje gambor, sambil-sambil untuk simpanan masa depan. Lol


Konon2 malu lettuw nak bergambar. Hahaha

Makan kepci je tahu. Dasar boroi. Hewhew

Muka aku nape tah, macam mintak lempang. Muka ngantok. Haha

Lepas habis solat jumaat. Selpie sokmo.
Suka ngat selpi, lelaki tulen ke idok? Haha

Sengeh..

Entah, kita tak ready pun dia snap jugok. Sabor jelah

Dia cakap lawo em background belakang ni. Awok taknak ambik gambor ke.
 Aku cakaple xnok, awok nak ambik ke? Mehla saya tolong ambikkan.
Haha bila dah ambik, hitam legam je awok. Lighting tak kena. Hahaha

Merajuk time nak masuk ke panggung wayang. Jalan laju2 sorang2 -..-

Dah sampai depan kolej dah. Sempat lagi berselpie.

Okay2, last. Jom balik. Bye !



BLOG 2017 :P


Since takde kerja nak buat , hari ni tetibe godek2 blog skin kot2 ada update skin baru. Hampeh, blogskin lama je banyak. Takde yang menawan hati. Pastu saja google denim punya blog. Jumpa satu tutorial pasal denim washed. Hahaha.. Apa lagi, follow jelah step satu-satu.

Hahaha, seharian jugaklah nak boleh transfer code2 tu semua. Since denim dia guna template biasa yg simple, so aku yang dari blogskin terpaksa masukkan satu2 dalam Layout punya setting.

Dan banyak benda yang takde, wakaka ambil yang mana patut je.
Tadaaa... Siaplah blog ni. Suka ke suka?


Yang ni rupa lama blogskin dulu.


Ni rupa baru. Simple kan. Kehkeh, sempat lagi buat header. Pakai apps PicsArt je. Kehkeh.


In case ade yang nak tahu cara buat header pakai PicsArt, boleh tekan link dibawah :

HEADER BY PICSART