Result Exam BIA SEM3 & SEM4

Assalamualaikum

Sudah lama menyepikan diri. Almaklumlaa busy tambahan pula laptop meragam lembab nak mati sejak tahun lepas. Hajat dihati ingatkan nak pos pasal kehidupan bergelar mahasiswa degree di UiTM Puncak Alam.. Tapi kerajinan untuk menghadap laptop yang meragam itu tiada. So up to this time, aku sekarang ni tengah cuti sem. Sem depan masuklah sem 5. First sem untuk 3rd year degree in accounting. Biasanya, kalau korang pernah follow up blog aku, aku akan pos result exam for the past diploma. Okay, now ada kerajinan nak cerita pasal result exam untuk degree for semester 3 and 4 previously. 

For semester 3, aku agak terkejut dengan result yang aku dapat. Apapun bersyukur kehadrat Illahi. Waktu exam haritu, aku memang expect aku dapat failed untuk satu subjek ni iaitu subjek akaun (FAR510) since dia punya soalan..mashaAllah.. macam tak pernah jawab pattern soalan macam tu. Dengan banyak dugaannya untuk subjek tu sepanjang sem 3. Dugaan yang paling tak boleh lupa. Lecturer kami sempat ajar kami 2 bab je sebab dia ada masalah keluarga yang tak dapat dielakkan. Ayahnya masuk ke hospital dan tiada siapa nak tolong jagakan. Disebabkan itu, kami ditinggalkan sepi.. Hampir berapa minggu kami terabai. Dan ketua kelas mencari inisiatif melaporkan kepada pihak yang sepatutnya. Kami meminta kebenaran untuk menumpang kelas lecturer lain. Padat satu kelas. Sampaikan pelajar2 kelas asal lecturer tersebut muak sebab mengganggu konsentrasi mereka. Pastu kami minta izin lecturer satu lagi untuk memberikan masa lapangnya untuk mengajar kami untuk bab2 yang seterusnya. Tapi apakan daya, masa dah suntuk pada waktu tu. Cuma tinggal 2 minggu sebelum final exam. Dia cuma sempat ajarkan kami dengan menjawab past sem questions sahaja. Cuba bayangkan, kita tak belajar pun bab tu.. tiba2 dia suruh kita jawab soalan. Memang copy paste je jawapan yang dia tunjuk. 

Dan aku sepanjang seminggu masa yang diberikan sebelum paper final exam FAR510., aku cuma ulang buat past sem question je. Tu yang terkejut beruk bila soalan yang keluar pattern jauh gila dengan soalan yang pernah aku jawab. Soalan2 semester lepas kebanyakannya dalam bentuk pengiraan. Tapi, bila keluar soalan final, mashaAllah dia suruh terangkan accounting treatment. Terkejut hakak. Menggeleng2 kepala sambil menjawab soalan.

Okaylah.. sampai disitu sahaja untuk flashback. Bila hampir waktu keluar result, hakak terbaca status ditwitter yang menyatakan result exam boleh cek awal melalui aplikasi lumos. Akak cuba cek. Dupdap jugaklah takut ada repeat paper. Allah... terkejut ahkak tengok subjek FAR510. Pendapat ahkak mungkin grading turun kot. sebab soalan susah nak mati. Ahkak cuba tanya classmates yang lain, macam mana result mereka. Semua sedih dan pilu. Ada dapat C+ ada dapat B, dan seangkatan dengannya Pastu akak cuba tunggu waktu tarikh result sebenar keluar. Alhamdulillah..sama dengan apa yang aplikasi lumos paparkan seperti berikut :


Okay. Stop untuk sem 3. Bilaa naik sem 4, akak tak tahu lah kenapa akak kuat sangat tido. Badan cepat sangat penat. Belajar pun tak masuk sangat. Dosa bersepah mungkin. Akak paling tak suka subjek costing (MAF) sejak diploma lagi. Belajar tu best, tapi bila exam selalu kecewa sebab apa yang diharapkan selalu berbeza dengan apa yang ditarget. So sejak tu akak dah tak minat subjek MAF. Ikutlah MAF apa pun. Asalkan ada MAF didepan kod, mesti badan rasa serabut nak belajar. Huaa T_T Apa nak jadi. So bila naik sem 4.. Akak dah dup dap dup dap dah bila tahu ada subjek costing untuk sem ni. Sepanjang sem tu memang tak masuk pun belajar apa subjek MAF tu. Tambahan pula dengan subjek akaun yang akak pun semput nak kejar. Cuba bayangkan, lecturer kelas lain baru habis chapter 3, kelas kami dah habis semua chapter. Bayangkan lajunya lecturer kami mengajar. Kami sekelas memang tawakkal habis. Pastu tak termasuk dengan latihan yang kami jawab lagi. Jawapan berbeza dengan lecturer lain. Cuba bayangkan, kami sampai buntu sebab apa yang diajar kebanyakannya sangat berbeza dengan lecturer lain sampaikan dah fedup rasanya. 

So, final exam. Untuk subjek MAF551.. MashaAllah, bukak je soalan terus blank. Sekali lagi.. Soalan sangat berbeza dengan soalan past sem sebelum ni. Dugaan Allah. Sampaikan aku masa tengah menjawab paper tu sambil memikirkan nasib jika aku failed paper ni, adakah aku nak extend? Ataupun ambik subjek sekaligus banyak2? Memang itu yang bermain diminda sepanjang menjawab paper tu. Aku cakap soalan tu memang susah gila. Rasa diri ni terlampau bodoh. Rasa macam tak tahu apa aku belajar sepanjang sem 4 ni. Aku takleh lupa salah sorang classmates aku menangis weh bila pengawas kutip paper dia waktu habis tu. Menangis meratapi paper yang entah ape2.

Begitu juga untuk sujek FAR560. AllahuAkbar. Mengucap lagi sekali. Diotak aku memang berlegar2 berfikir adakah aku akan repeat 2 paper sem ni? Apa aku nak buat? Sumpah.. Waktu tu memang rasa nak quit terus. Rasa tidak berupaya lagi dipermainkan oleh soalan yang begitu berbeza bentuk soalan daripada sem2 sebelumnya. Memang banyak buat aku terkedu. Rasa insaf sekejap. Sampaikan hati tak tahu lagi nak merintih nasib. Bila kawan tanya boleh jawab ke tak, aku jawab lah tak boleh. Tapi sedihnya hati bila mereka hanya tertawa sinis bila aku cakap aku memang tak boleh jawab. 

Hari berganti hari, hari result keluar pun tiba. Waktu ni niat dihati memang taknak tengok pun resut. Tapi apakan daya, takut ada yang kena repeat, terpaksa jugak menguatkan hati untuk tengok result. Seperti yang dibayangkan memang result atas pagar. Tulah siapa suruh main2. 

Okayy, untuk subjek ELC650, subjek ni takde final exam, tapi memang aku cuak jugak sebab lecturer cakap yang dapat A, A-, A+ memang beberapa kerat je dalam kelas aku. Aku apa lagi? Dilemma teruk jugakla. Tapi nak buat macam mana, memang soft skills aku lemah. So subjek ni dinilai based on kita punya skills masa presentations dekat depan. Sepanjang sem memang kena bercakap didepan jelah. Aku darah gemuruh. Memang pucat lah bila duduk didepan. Lecturer aku pernah berseloroh "Kalau saya potong salur darah awak, saya rasa takde darah setitik pun ni" Memang pucat lesi. Hahaha. So itu jelah mampu dapat untuk sem 4. 



Angan2 untuk dapan ANC sudah terkubur. Takpelah, takde rezeki. Kelas pertama masih ada harapan. Doa-doakan. K, stop sampai sini dulu. 





No comments:

Post a Comment