Saturday, February 24, 2018

Result Semester 5 BIA


Assalamualaikum seperti biasa, aku akan kongsikan result exam aku. Hahaha kalau ada yang pernah baca, memang dah biasa tahu perkembangan result aku. Aku orang biasa, takde genius macam segelintir orang. Sebelum masuk cerita pasal result. Aku nak share cerita pasal sem lepas punya keadaan.
Sem lepas aku satu bilik dengan rumet aku masa sem 4, Rumet aku ni jenis tiap-tiap hujung minggu memang dia akan lesap since dia ada buat part time kot. Aku jarang cakap dengan dia sebab tah, tak sekepala hahahahahaha. Sem lepas memang agak sunyi jugaklah setiap hujung minggu duduk sengsorang dekat bilik. 😂 
Pastu nak dijadikan cerita aku lebih kesunyian, waktu final exam sem lepas, rumet aku habis paper awal. 2/1/18 dah habis paper. 😪 Aku pulak paper baru start 2hb tu. So mereput lah sengsorang sampai 28 hb baru aku habis paper. Sepanjang 26 hari sengsorang tu, memang mental jugaklah. Tetibe jadi homesick nak balik rumah. Tak pernah-pernah rasa homesick nak mati macam tu. Sebab memang tak berborak dengan orang pun weh. Pandang kiri pandang kanan nampak semut je. Hahaha. Lagi-2 aku takut nak p kacau kawan aku dekat rumah lain. Sebab taknak ganggu mereka study. Paper pulak paper theory. Memang taklah nak mengganggu orang lain.. So, hari-hari hampir seminggu menangis call umi cakap aku nak balik. Taknak belajar dah. Hahahahaha macam budak2 baru kena tinggal di asrama gitulah ghopernye....buruk benor pe'el nya.
Subjek sem lepas yang aku paling tak berapa nak go on subjek AIS sebab aku tak berapa nak mengerti sangat istilah2 kompuuter ni. Tak berapa nak ngam dengan aku. Pastu lagi subjek PSA522. Hadoilah subjek ni lah yang pencetus buat aku rasa down gila haritu sampai hari2 menangis. Nak tahu kenapa? Hahaha sebab subjek ni pasal negara. Macam mana sistem kewangan negara kita ni bergerak. Lebih kurang mcam tulah. Pastu bertambah dengan segala section-2 yang ada untuk semua law yang berkaitan dengan negara punya pentadbiran. Huarghhh.. Lemah semangat aku weh. Hahahaha.. baca satu bab, bab yang dah baca tadi dah lupa  bila masuk bab lain. Nasib baik result memadai dengan stress aku tu. Walaupun tak dapat A. Nasib tak failed je. Hahaha
Okaylah, malas dah sembang panjang. Mengantok dah aku. Lusa dah nak pergi daftar kolej dah. Nak start semseter 6. Doakan aku moga berjaya dunia dan akhirat. Semoga dipermudahkan hidup. Semester 7 praktikal. Semester 8 masuk balik. Lepastu kalau semua berjalan lancar, aku dah habis degree. Yeayyyy.. Tak sabar nak habis. Kalau ada rezeki hajat dihati nak sambung belajar lagi. Tapi tak tahulah lagitu....... doa yang baik-baik jelah. Amin.
Sebelum terlupa nak share result dulu.. Jangan kecam-kecam. Saya tahu aku tak bijak macam awak semua. Pape pun, alhamdulillah. Syukur. 😍🙆




If Interested :
💕 Result Exam BIA Sem3 & Sem4💕 My CGPA of DIA💕 Result Sem 2 DIA

11 comments:

  1. tinggi la tu, keep it up! Semoga boleh grad dengan selempang pink :D

    ReplyDelete
  2. Wah..bagusnya result. Result saya dulu nanges tengok..hahaha

    ReplyDelete
  3. Wah, result gempak :) Haha. Takpe apa pun, kita dah usaha sehabis baik kan. Janji kita puas hati dan bersyukur dengan apa yang kita dapat. Hehe

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email

Followers

About me

About Me

Hello there ! Now I am in my 3rd year of Bachelor in Accountancy (Hons.), rarely update the blog for now since I have to undergone my practical training in an Audit Firm. Hope you guys can leave your footstep in the ChatBox below. Easier for me to trace and visit your blog back. Sorry for any inconvenience.

(Updated : 27/7/2018)

Love Letter

My Blog List

Total Pageviews

Copyright © //STORY OF FHCR | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com